Indahnya..

Sesungguhnya bila dah bergelar Ibu, bond di antara anak dan Ibu tu memang sukar nak dinafikan. Iman, walaupun baru berusia 2 bulan tapi dia dah tahu merasa tangan Ibu. Bila Ibu jer dukung Iman, Iman automatically akan pusingkan kepalanya ke arah dada means dia nak mengulat ler tu. Kalo Iman nangis masa Ayah atau nenek dia dukung tapi bila Ibu ambik, Iman mesti diam. Perasaan tu sangat terharu bila mengenangkan saat-saat tu.

Sekarang Ibu dah start kerja dah. Tempat kerja Ibu dari umah agak jauh so Ibu terpaksa gerak dari umah before kol 7. Selalunya 6.30 Ibu dah ready nak gerak dah. Dan masa tu kekadang Iman masih tido atau baru jer tido lepas mengulat tapi ada jugak hari dia dah bangun. Bila nenek bawak Iman ke muka pintu untuk hantar Ibu, Iman tunjuk muka sedih. Alahai, sedihnya. Pernah Iman cebik muka dan nangis bila Ibu tinggalkan dia dengan nenek. Kalo masa Ibu tengah siap dan Iman bangun mesti dia perhatikan jer pergerakan dan perbuatan Ibu, dan at last mesti dia gelisah mintak ambik. Comel sangat kalo Iman dah boring mintak dukung. Sekarang ni Iman dah tak suka sangat baring, kalo baring pun sekejap jer pastu dia akan gelisah dan boring, gerakkan kaki dan tangan macam kayuh basikal 180km/jam. Ha.. tu tandanya Iman nak mintak dukung ler tuh. Hehe.


Iman ngomel dalam hati, buhsannya dok dalam ni.

Iman sekarang dah selalu pi jalan-jalan kat shopping complex. Tapi masalahnya bila Iman bukak jer mulut, nangis, Ibu mesti bawak Ayah balik. Tak aman rasanya kalo Iman nangis kat tempat awam. Iman ni rasanya jenis yang cepat boring. Rasanyalah. Kalo dia tido jer dalam stroller, ok, tak kisah, selamat. Boleh lagi nak shopping sikit-sikit. Tapi kalo dia dah bangun tu, sekejap jer mesti dia gelisah. Dia boring baring dalam stroller, pastu dia tak suka jugak pakai hairband masa baring. Mesti dia gelisah dan gosok-gosok kepala dia sampai hairband jadi spec jatuh kat mata dan nangis la. Alasan nak nangis ler tu. Huhu. Iman.. Iman.


Iman buat muka bengang if dok dalam stroller lelama.

First time bawak Iman jalan-jalan pakai stroller. Perasaan tu berdebar-debar, teruja pun ada, malu pun ada. Haha. Macam-macam. Yang paling kelakar tak reti camne nak bawak Iman dalam stroller turun naik eskalator. Ya ampun, takutnya. Ayah peratikan dulu camne orang lain sorong stroller anak diorang naik eskalator, pastu barulah kitorang naik. Naik ok sikit tapi bila bab nak turunnya, takutnya mak oi. Sampai Ibu pun tolong pegang stroller kat depan. Takutnya Iman jatuh. Huhuhu. kalo orang perasan dan tengok mesti tau first time tolak stroller tuh. Hahaha. Ye la,, baru jer beranak sulung, manade pengalaman lagi.


Iman gelisah dalam stroller.

Pernah sekali tu, beli PC baru, so lama la nak tunggu orang kedai tu install itu ini. Nak jenjalan window shopping kat kedai lain, Iman gelisah dalam stroller. Kena hiburkan dan bawak dia berbual-bual baru dia ok. Tapi tak lama, pastu dia merengek, susu botol dah abis. Nak buat malas walaupun dah bawak semua air panas segala, at last mengulat la Iman di khalayak ramai. Sib baik masa tu pakai shawl. Leh gak sorok-sorok sket. Isk.. terus malam tu melepak kat depan kedai komputer tu jer ngulatkan Iman. Pastu balik. Pergi Spring semata-mata Iman nak mengulat. Huhuhu. Pengalaman tu.


Susukan Iman.



Tak cukup, mengulat lagi.

Dan sekarang, kalo nak jenjalan susah tol tanpa assistant. Kalo Ibu, Ayah dan Iman jer mesti kacau-bilau jer rasanya. At least ada Mak Usu, ok sket. Kalo berdua jer dengan Iman, gerenti takleh nak itu ini. Masih tak dapat sesuaikan diri lagi kot. Atau Iman masih terlalu kecil untuk dibawa berjalan-jalan.

Tapi. Takkan nak tinggalkan Iman. Nenek Iman pun suka jenjalan gak. Better bawak Iman explore benda baru kat luar. Iman kalo dalam keta mesti diam, dia suka peratikan lampu jalan, pokok-pokok dan traffic light. Hehehe.


Seronoknya tengok Iman membesar di depan mata sendiri.



post signature

5 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. hehe.. kejawak jak iman. mama nabihah dah jumpa ibu iman. hehehe.. kecil molek jak ibu iman, cute. hehehe.. kmk turun keja bertapok dr nabihah. mun pg mek bgn, nabihah mesti bgn juak. telinga nya tajam kali nengar mek berkemas-kemas. sblm turun dibah, cium puas2 nabihah dahya nkah nya dlm walker, eksen mek ambik brg d atas gik, kakya mak mek mbak nabihah ke dapo, mek turun. setiap pagi giya. huhuhu.. 1st day mek trn keja, nya nangis tersidak-sidak jak mak mek cita, tedah anak...

    ReplyDelete
  2. bestlah mira
    ada mak boleh tolong jagakan iman time gi keje
    kita ni, tgh pikir nak membodek MIL suh dok sekali, mintak jagakan baby nanti..mak sendiri keje
    nak tak nak MIL je lah yg ada
    nak antar nursery masa dia fragile, 2,3 bulan tu..tak tenang rasa hati

    ReplyDelete
  3. nyza,

    x sangka juak nemu ktk ria.. tgi ktk oh... hehehe... kmk alu rs kecik gilak lu.. lmk mek xjmpa blogger.. x tauk indah apa nk dikakar.. hehe

    dayu,

    mak amik cuti.. kebetulan mira trn keja mak cuti.. tu ler yg jaga... hehehe... mmg takut kn nk antarkt nursery.. mcm2 kes jer skrg

    ReplyDelete
  4. pengalaman sorang ibu memang amat indah dan berharga...bila la agaknya akak akan berasa saat itu kan :(...

    ReplyDelete
  5. ala kak.. akak sabar la.. akak usaha n berdoa je k.. insyallah nnt ada rezeki akak.. jgn sedih k :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form