Menghitung Hari

Oh, cepatnya masa berlalu. Cuti confinement tinggal seminggu jer lagi. Selasa depan dah mula bertugas. Nasib baik la budak-budak dah start bercuti so takde la sibuk dengan kelas tapi sayangnya tak boleh nak sambung cuti. Ye la kerja setakat 4 hari jer sebelum new year. Sob sob..

Colleague yang lain sedang bercuti sakan semasa saya baru jer terkedek-kedek nak masuk ofis setelah 2 bulan mengeram di rumah. Pastinya berhantu lah ofis nanti, hanya tinggal ofis admin jer yang berpenghuni. Nasib baik la bilik saya selevel dengan pejabat admin, kalo tak, tak tau la camne. Maunya cabut awal. Huhuhu.

Seperti dah menjadi kebiasaan selepas bercuti panjang, harus ada sepersalinan baju hingga la ke kasut baru. Kebetulan YES sekarang ni. Harus membeli baju kerja baru.

Dah ada kemeja baru. Yeay! Kalo tak sale, saya tak beli. Hihi. Dan kemeja baru boleh dipadankan dengan skirt yang lama. Lama pun tak selalu pakai hari tu sebab dah pregnant, tak muat dah. Saya pun hampir lupa kewujudan skirt grey nih. Hihi.

Kain pasang juga dah beli 2 pasang, yang biru dan coklat. Yang merah dah beli sebelum pregnant tapi tak sempat nak buat, yang hijau lumut pulak pemberian makcik semasa majlis kawen tahun lepas. Haha. Memang lama 2 pasang kain ni dok bersembunyi dalam almari. Dah keluar dah anak dalam perut tapi kain hadiah kawen tak buat lagi. Huhu. Ada 1 lagi kain batik Terengganu yang dibeli di Pasar Payang masa kursus induksi di KT bulan 5 dulu dalam almari. Nanti-nanti la buat. Baju batik eksklusif jarang nak pakai masa kerja, pakai masa ada formal occasion jer. Awal-awal tahun belum lagi ada 'panggilan-panggilan' rasmi. Hopefully la.

Last but not least, shawl kulit harimau ni. Ngaumm.. Cantik jer nengok, nampak unik. terus sambar. Hehehe. Semestinya kena prepare awal in case kesejukan walaupun dah pakai blazer. Lepas bersalin kan, stokin kena la pakai. Even masa ikut Ayah Iman pergi dinner pun pakai stokin. Kaki kat bawah meja, orang lain tak nampak. Lantaklah janji tak meroyan. Kena dengar cakap Mak.

Dan misi seterusnya.... KASUT. Hi hi hi.


post signature

2 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. hehe.. kmk giya juak. gago carik baju k keja lak. tp lom bebeli gik, ada nemu kasut d kenan d viss, alu rembat ya pun segal ada less 30%. hahaha.. brg2 dirik ukan main berkira, coba bju anak, x duli mahal sik mahal, sale x sale.. hehehe.. :p

    ReplyDelete
  2. ya lah koh... trn dr umh semangat jak rasa nk meli brg kedirik tek oi.. tp bila dh nemu brg iman alu kensel meli brg dirik pun... beli brg iman lok.. haha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form