Buyuh

Oh. Inilah kaki ku yang buyuh. Hodoh? Adik aku cakap macam kaki orang yang gout tapi masa pic ni disnap (sebulan yang lalu) bengkaknya agak kureng dan tak merah. Hehehe.

Dalam bahasa saintifiknya disebut EDEMA tapi lebih dikenali dengan nama BUYUH di kalangan masyarakat Sarawak.

Buyuh atau Edema selalunya terjadi di kalangan wanita yang hamil, macam aku la. Hehehe. Simptomnya? Selalunya kaki atau tangan membengkak. Ada jugak yang membengkak di seluruh badan termasuklah muka. Nasib baik la aku membengkak di kaki dan tangan jer. Aku dah start buyuh sejak minggu ke-32 lagi, iaitu semasa bulan puasa. Hari raya memang membengkak memanjang jer la kaki aku. Tambahan lagi asyik berdiri dan berjalan disebabkan sibuk dengan persiapan hari raya. Mak cakap masa dia pregnant aku dulu dia pun buyuh jugak, tapi adik-adik aku yang lain tak pulak. Biasa la pembawakan anak sulung kot.

Penyebab Edema, seperti yang aku telah google:

  • Makan terlalu banyak makanan yang masin
  • Sunburn
  • Kegagalan fungsi jantung
  • Hamil
  • Kuman pada buah pinggang
  • Masalah pada hati
  • Kesan ubat
  • Berdiri atau berjalan semasa cuaca sejuk
Daripada penyebab-penyebab di atas, yang no 1 tu aku agak macam betul jer sebab sebelum aku buyuh tu aku gemar sangat makan lobak masin goreng campur dengan ikan bilis. Goreng pedas-pedas. Pergh.. membuka selera. Lepas buyuh aku pun dah tak makan dah benda-benda masin macam tu. Hehehe.

So nak atasi aku cuma letakkan tilam toto yang dilipat-lipat so that kaki aku berada lebih tinggi daripada badan. Nasib baik kaki jarang cramp masa buyuh. Kalo tak, aduyai, rasa nak nangis jer malam-malam. Sabar sabar.

:minimo_36:

Sekarang alhamdulillah kaki aku dah kurang membengkak. Suka. Tapi tetap jugak takleh nak jalan laju. Naik tangga pun dah termengah-mengah. Tapi takpe untuk exercise kan? Nasib baik bilik aku kat atas ada jugak alasan nak ber'exercise'. Hehe. Tapi kalo dah time malas tu, calling-calling jer guna henfon kalo Encik Suami kat dalam bilik kat atas. Tak kuasa nak panjat tangga nak suh dia turun bawah. Hihi.

post signature

Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form