Perlu tranformasi


Oh, penat.
Penat bekerja dengan seorang ketua yang cakap-dia-je-betol.
Semuanya kena dengar cakap dia.
Dia suggest kita bagi pendapat.
Tapi?
Dia selalu ada alasan untuk taknak mengguna-pakai pendapat kita.
So?
Nak kerja ke taknak kerja?

Dia bagi 1 assignment.
So kena buat la kan.
Kalo tak buat akan dicop PEMALAS.
Tak buat kerja.
Dan.
Akan burukkan kita di depan orang lain.
Main cakap belakang, beb!
Bagus ke ketua macam tu?
Depan cakap lain, belakang cakap lain.
Mulut manusia tak boleh main zip-zip oit!
Haiyaa.
Kenapa tak 'cerahkan' hati tu?
Jangan biarkan 'mendung'.
Pekerja bawahan pun ada hati dan perasaan.

RM
Milik siapa?
Kenapa susah sangat nak guna RM?
Birokrasi?

Efek.
Tau tak efek daripada ketua yang jenis macam ni.
Tak semangat nak gi kerja.
Tak semangat nak buat kerja.
Tak semangat nak bagi yang terbaik bila buat kerja.
Kesimpulannya pegi kerja sebab 25hb RM akan masuk.
Itu je.

Best?
Tak best?
Nawaitu dah tak betul.
Kerja pun takde kepuasan.
Kekadang tertanya sampai bila harus begini.
Kenapa?
Tiada kepuasan bekerja.

Perlu tranformasi.
Kenapa tak berhijrah je?
Rasalah angin baru pulak.
Bagus sangat ke angin kat sini?
Atau angin kat sini senang nak dikontrol-kontrol.
Ada remote control ye?
Ye la sebab dah butakan mata, pekakkan telinga.
So angin pun boleh jadi 'Robert'.

Hanya kau yang tau.
Kau kau dan kau.

Aku nak cuba angin baru tapi tiada iklim yang mengizinkan.
Bertahan je lah.
Apa boleh buat.

post signature


Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form