Hadapi dengan senyuman


Sekarang aku menjadi terlalu berhati-hati
Di FB dah banyak dah requested friends yang belum diapprove
Malahan di FS jugak?
Hairan.. masih ada yang masih bergelumang dengan FS
Aku terlalu berhati-hati untuk menyambut sebuah salam perkenalan
Aku fobia
Siapa yang ingin berkawan?
Atau cuma ingin menjadi plastik
Untuk menjadi lawan di sebalik label seorang teman?


Sekarang aku terfikir sendiri
Siapa teman?
Siapa lawan?
Aku menjadi takut, gusar, risau
Siapa yang menikam di belakang
Dia? Dia? Atau dia?


Ah, mungkin aku terlalu prejudis
Tidak baik berburuk sangka
Tidak baik syak wasangka
Tapi?
Kenapa begini?


Aku sebolehnya tidak mahu berperasaan negatif
Berfikiran seperti manusia yang tidak berTuhan
Tidak beriman
Berdosa!
Tapi?
Kenapa ada tapi lagi?


Bukan aku yang memulakan
Tetapi mereka yang digelar TEMAN
Teman yang prihatin
Mereka yang bergelar KELUARGA
Keluarga yang penyayang
Tanpa MEREKA aku mungkin tertewas
Dan pasti akan ada MEREKA yang tertawa
Pabila melihat aku jatuh dan tersungkur
Ah, mengapa perlu negatif lagi?
Jangan la..
Aku merayu


Ada hikmah semua ini terjadi
Terima kasih di atas dugaanNYA
Di sini aku dapat kenal siapa teman
Siapa lawan



Cukuplah hati
Usah berprasangka lagi
Allah lebih MENGETAHUI
Semua yang berlaku bersebab
Mungkin
Dia Tuhanku
Mahu aku menjadi yang lebih baik
Lebih baik daripada hari ini
Dan benar!
Semua ada hikmahnya


Terima kasih semuanya
Senyumlah wahai hati
Buktikan pada mereka
Kau belum tertewas
Buktikan pada mereka
Kau tak akan mengalah
Buktikan pada mereka
Kau punya orang-orang yang kau cinta


Mungkin aku bersalah
Ya! Ku akui
Aku cuma manusia biasa
Hamba Allah
Seperti kau jua
Kau hamba Allah kan?
Ingatlah kau juga hamba Allah
Cuma ingat itu sahaja
Kau juga hamba Allah
Cuma Dia yang berhak ke atas kau
Aku cuma berserah


Aku ingin mengukir senyuman sekarang
Akan ku hadapi dengan senyuman
Terima kasih atas segalanya


post signature


7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. kak mc...
    kita kene bjak....
    memilih kwn

    ReplyDelete
  2. "Dia Tuhanku
    Mahu aku menjadi yang lebih baik
    Lebih baik daripada hari ini"

    thanks, kak ira... i really need this as well at times like this... ;'( may Allah SWT bless you and your loved ones always, amin...

    ReplyDelete
  3. Aih.. bahya na juak bunyinya... Kmk baruk jak aktif FB balit lekak boikot reya.. Lamak juak owh kmk boikot.. berbulan2.. Lekak deactivate account ada ka FB ngiruk emel mintak maap indah.. Cam tauk2 jak kmk tutup reya tegal nya pun privacy sik telus bah.. Nektuk rasa secure sikitlah... :) Kmk pun dah mampu tersenyum..

    ReplyDelete
  4. Ya mek simok berisik dak FB koh mira eh :|

    ReplyDelete
  5. ~ sabar lah MC, dalam dunia nih hanya keluarga kita saja yg boleh kita percayai. kawan? bukan semuanya ikhlas dengan kita. ~

    ReplyDelete
  6. sabar jak kak mira.. sidak ya just dengki ngan idup kitak bahagia.. selagik kita sik jaik ngan orang, kita sik perlu takut, kerna Allah grenti lindungi kita.. banyakkan berdoa k.. semoga tak duak hubby tak happy selalu..me love u! muah! :D

    btw, mizzAmy, ahli keluarga pun belum tentu dapat dicayak..

    ReplyDelete
  7. mira : terdapat pelbagai manusia kat dunia neh.. sekeliling kita.. atas bawah.. semua tak sama.. tp kiter sukar nak tau mana yg benar-benar boleh dipercayai.. even dah bertahun pun belum pasti boleh kenal ati budi.. kita mampu berserah sahaja dlm bab neh..

    take care mira...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form