Ho... yeah!
Minggu lepas minggu yang sangat sibuk.
Masa untuk bersosial di alam maya juga terbatas.
Final exam amali bermula pada hari Isnin.
Dan bermula pada saat itulah masa makan minum tidak terurus.
Bayangkan.
Exam bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3 petang.
Lepas jam 3 baru berpeluang untuk mengisi perut.
Lepas tu hari Rabu pakcik plak meninggal.
Makanya masa pada sebelah malam memang tak free.
Kena berjemaah di umah arwah.
Tapi bila dah terlalu penat aku escape jugak dari berjemaah.
Khamis, Jumaat, ada kursus.
Aku kena jaga exam so aku pergi on Jumaat jek.
Tapi pagi jer.
Petangnya sibuk nak uruskan persiapan untuk program hari Sabtu.
Hari Sabtu, program berlangsung.
Agak kelam-kabut disebabkan kursus pendek memasak nasi beriani.
Dah jadi macam rewang orang kawen pulak.
Agak keciwa.
Walaupun bukan aku yang uruskan kursus pendek.
Tapi kursus tu termasuk dalam sebahagian daripada program hari tu.
Tapi apa nak buat, memang kesuntukan masa.
Aku keciwa jugak.
Dengan pelajar-pelajar.
Sangat pemalas ok.
Cuma beberapa kerat yang bertungkus-lumus bekerja.
Marah pun bukan diorang makan saman.
Apa la nasib diorang pun cuma pelajar kolej komuniti.
Kalo rajin, takkan la masuk kolej komuniti.
Ahad, kenduri kawen sepupu.
My sepupu is pengantin perempuan.
Tapi masa akad dan bertunang aku tak attend pun.
Masa hari sanding pun aku datang masa pengantin dah bersanding dah.
Minggu yang sangat penat.
Sebelah malam, letak jer kepala atas bantal, terus ZzzzZzz...
Oh, minggu yang meletihkan.
Masa on the way balik ke umah.
Kepala automatically dah fikir persiapan kawen.
Tak larat dah nak fikir hal kerja di umah.
Oooo Bos, saya mintak mahap la kalo kerja tak berkualiti.
Saya dah bosan dengan bebanan tugas.
Saya bukan gila kerja.
Saya pun ada personal life.
Dan personal life saya sama penting dengan kerja.
Kalo asik kerja, boleh jadi gila Bos.
Eh.
Macam lah Zul baca blog aku tok.
Isk... berangan.