Syawal-1


1 Syawal dah berlalu dah. Bila dah raya, berlalu macam tu jer tapi sebelum raya tuh, mak oi.. sibuknya teramat. Hari ni pun sibuk. Kaki macam nak patah jer, mata lak kuyu sebab berapa malam dah tido lambat.

Raya tahun ni 1st raya sebagai tunangan orang dan last raya sebagai anak gadis. Hehehe. Insya Allah tahun depan raya dah tukar status dah. Amin.


Tahun ni memang semangat nak raya tu macam pudar jek walaupun sebelum cuti asyik menghitung hari nak cuti jer. Baju raya pun malam raya baru amik kat tailor. Memang tak pernah dibuat pun sebelum ni. Dah la baju tu tak reti-reti nak siap. Lepas payday terus amik baju tapi macam-macam alasan jer belum siap, at last malam raya jugak baru dapat. Tu pun aku jugak yang bersusah payah tolong mencari di sebalik timbunan baju-baju kat kedai tu. Bengang sangat, membuatkan moodku merudum jek.

Pagi raya tahun ni semua famili berkumpul di rumah kitorang. So memang tak keluar langsung on the 1st day. Nenek pun ada kat umah dan of course bila dah ada orang tua di umah sememangnya semua saudara-mara akan berkumpul di umah. Sangat la meriah, biskut pun dah nak abis dah. Nampak gaya kena cari kat kedai untuk back-up.

Bercerita pasal kuih, hampa sangat. Hari tu masa beli butter lupa bawak naik ofis, tinggalkan dalam kereta jer dan bila balik umah butter tu semuanya mencair. Rasa nak nangis. Dah ler butter mahal, beli plak 4 tin. Uwaa waa waaa. Nak tak nak terpaksa gak buat guna butter tu. Takkan nak membazir kot. Jadi tak jadi, memang tawakal jer masa buat. Tapi alhamdulillah, semuanya ok walaupun meragam jugak la.

Seperti biasa raya pertama memang tak sempat nak amik gambar famili. Selalunya bila dah akhir-akhir raya baru ler kitorang 1 famili tutup umah, pakai baju sedondon masa raya pertama tu dan snap famili photo. Tak guna jurugambar profesional pun cuma perlukan bantuan tripod jer. Tahun ni masa bersalam-salaman tu bapak aku suh amik video. Apa lagi, macam-macam karenah la. Bila dah siap bersalam, masa untuk makan then aku terus view video kat tv dan gelak gelak gelak. Melihatkan macam-macam karenah adik-adik dan sepupu-sepupu aku. Alhamdulillah, aku sayang famili aku.
To all, selamat berhari raya, Maaf zahir dan batin. Maaf yer kalo aku dah lama tak menjenguk blog korang. Malas sangat nak online kat umah lagipun I busy you. Ahaha. Ooops.. jangan jeles tau aku start keja on 13.10.2008. Surat lantikan pun dah dapat hari Jumaat hari tu. Yeay!


Daaaa :cinonet_04:



14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Wahh.. Nag sedondon dengan baju danish.. hehe.. ambik kitak jak anak buah kamek.. :p

    ReplyDelete
  2. Slamat Hari Raya... wah... kalau nak kahwin nanti jgn lupa jemput semua blogger k... hehehe


    Adry @ http://www.adrysabry.com

    ReplyDelete
  3. met berlebaran aja yah

    ehm,,,,pertamax niyh_^

    salam kenal aja yah

    ReplyDelete
  4. mesti pakat pakat gelak bila tgk balik vdo yg ditangkap tu kan,
    macam macam gelagat orang, :)

    pocket hanya menangkap gambo semua orang dengan 'dewi' jer,
    banyak jgak mekap yg sememeh dek ciuman nenek yg geramkan anak cucu^^
    heheh,
    cuti sampai 13!!?
    aduuuhh, jelesh nya!

    ReplyDelete
  5. wah kak. byknya kek lapis raya akk. huhu. akk wat sndiri ke? :D

    raya thn depan msti lagi meriahhh kannnnn :P

    ReplyDelete
  6. hw can i not be jeles yang?

    lamanya cuti!!!!!!!!!!!


    :P


    anyways, hope u had fun raya ni..dugaan sikit2 tu, abaikan jer... hehehee.

    take care!

    ReplyDelete
  7. sahrul,
    lak kmk amik ada plak urg beraie
    hahhaha

    adry,
    insyallah.. sudi ke nk dtg nnt?
    flight x disediakan
    huhuhu

    raintub
    pertama ke sini ya?
    makasih ya.. dtg lg :)

    ReplyDelete
  8. pocket,
    aah...gelak jer
    hehehe
    wahh... pocket kena kiss yek
    dewi tu sape ek?
    ehehehhe

    diya,
    hehehe
    ada yg buat ada gak yg beli
    x larat nk buat semua
    harap2 begitu lah... hehehe

    ayu,
    jgn ler jeles
    dh nasib badan cuti lama
    nnt malas ler plak nk keja bila dh cuti lama2 nih
    huhuhu

    ReplyDelete
  9. salam
    yela....ni last raya kita sbg ank dara ae.. shima x smpat merasa jadi tunang pun.. terus jadi isteri... alhamdulillah.. smlm da slamat. dah penat tgu imal 4 tahun ni.. akhirnya penantian berakhir.. doakan berkekalan...
    salam aidilfitri mira :)

    ReplyDelete
  10. uyooooo.. sibuknyaa diaa eeeyh.. meh aku tolong semakkan lagik wekekekekeek!

    ReplyDelete
  11. dewi tu nama kamera pakcik:)
    hehehe..
    Pelik kan, bleh taruk namo plak kat Kamera sndiri:)

    ReplyDelete
  12. ~ mc, kek lapis tuh mc wat sendiri ker? boleh la tenpah kat mc utk raya haji nanti. ;) ~

    ReplyDelete
  13. amy,
    1 jer mc buat thn ni.. hehehe...

    pocket,
    ala..biasa ler tuh..kalo pempuan, teddy bear pn ada nama.. huhuhu

    ien,
    jgn ler tolong semakkan... tlg bersihkan la.. ahaks

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form