Tips Membeli-belah di PaRam

Bulan Ramadhan ni kekadang dah jadi macam pesta makanan pulak ye. Pasar Ramadhan atau PaRam ada di mana-mana. Bak di mana ada semut di situ ada gula, di mana ada taman perumahan di situ ada pasar atau bazaar ramadhan. Sekarang cuba korang kira berapa PaRam yang ada di sekitar tempat tinggal korang? Hehehe.

Biasa lah kan, puasa-puasa camni nafsu nak makan macam-macam memang agak luar biasa. Tengok murtabak, nak beli, tengok kebab, nak beli, tengok sirap bandung, nak beli, tengok tepung pelita, nak beli. Kalo boleh semuanya nak beli. Semuanya sedap. Macam sedap jer sebenarnya. Hehehehe. Bila dah berbuka nanti, larat ke nak melantak?

Untuk mengelakkan pembaziran semasa membeli-belah di PaRam, aku ada sedikit tips untuk diri aku sendiri. Hehehe. Famili aku kalo berbuka makan nasi jer, kuih-muih makan kemudian, yang pentingnya nasik la. Nasik tu penting beb, makanan ruji. Hehehe. Walaupun famili aku slim-mlim orangnya tapi boleh tahan kalo bab beli beras. Ahaks.

Tips aku:
  1. Pergi semasa peak-hours, semasa orang tengah bersesak-sesak kat bazaar tu, so korang takleh nak study kuih-muih dan lauk-pauk kat PaRam tuh satu persatu
  2. Pergi berseorangan. Elakkan berteman sebabnya kalo ada teman senang jer geng tu nak goda kita beli itu-ini. Lagipun jalan sorang-sorang ni laju sket daripada berteman.
  3. Target apa yang nak dibeli hari ini dan setkan apa yang nak dibeli pada hari esok pada hari ini. Bermakna hari ni survey, besok beli. Dan begitu seterusnya sehingga ke penghujung Ramadhan.
  4. Jangan bawak RM banyak-banyak semasa ke PaRam. Kalo dah pecahkan not RM10 jangan simpan dalam wallet. Gunakan apa yang ada tu jer.
  5. Kalo beli lauk ayam atau ikan contohnya, kira bilangan ahli dalam keluarga. Kalo ada 8 orang dalam keluarga, jangan la beli 8 ketul ayam beb. Membazir tu. Sebabnya tak semua orang nak makan ayam. Beli ala-kadar jer atau tanya dulu berapa orang yang nak makan sebelum pergi beli.
  6. Park kereta jauh-jauh agar macam malas jer nak kendong plastik makanan nak bawak balik umah. So beringat-ingat la bila nak membeli kalo dah malas yer.
  7. Jangan terlalu menurutkan nafsu makan dan membeli tu. Ingatlah yang anda sedang berpuasa, tahan diri tu sikit. Esok masih ada, tak perlu memborong semua hari ini.
  8. Nak beli kuih, beli yang seringgit = 3 ketul jer. Jangan beli 1 jenis kuih sampai RM2. Nanti tak habis, membazir lagi.
  9. Pergi masa dah nak berbuka, setengah jam lagi nak berbuka ke, masa ni peniaga-peniaga selalu bagi diskaun sebab nak habiskan juadah jualan. Hehehe.
  10. Kalo nak beli air tu, beli 1 bungkus cukup la. Hehehe. Sedap lagi buat air kordial sendiri kat rumah, terjamin lagi kebersihannya beb. Hehehe.
Last but not least, jangan tamak! Jangan haloba! Ingat-ingatlah ramai lagi yang tak mampu bermewah-mewah semasa berbuka macam kita. Cuba hayati mereka-mereka yang hidup susah, yang makan apa yang ada jer semasa berbuka. Mesti korang insaf kan?

Lagi satu, membazir tu amalan syaitan. Tak rugi berbelanja berpada-pada beb. Tapi kalo dah nak rasa makan sangat tu, makan jer la. Sukati korang la. Hehehehe.

Atau kalo nak masak tu, sedekah ler sikit kat jiran-tetangga. Dapat jugak barakah ramadhan. Takde la melantak sorang-sorang. Huhuhu.

Selamat menunaikan ibadah puasa yer! :pandaGeli_26:




4 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. ~ siap ada tips tuh. hehehehe.... tapi amy tak suka bersesak-sesak. tak nampak foods. nampak bontot orang jer nak wat per. :P ~

    ReplyDelete
  2. tips plg penting skali adalah, igt lah org yg memerlukan!

    ReplyDelete
  3. hepi2 joy2.... jgn lupe bg duit sket kat famili ;)

    ReplyDelete
  4. amy,

    kalo xnk melekat kena ler gi time org ramai.. hehehe

    ET,
    ya benar.. saat nk membeli tu ingt jugak mereka yg memerlukan..

    meo,
    tahnks mengingatkan :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form