Sebenarnya aku ada banyak kerja yang tak siap. Aku kena siapkan soalan untuk 2 modul untuk diuploadkan ke bank soalan. Tapi aku baru buat 1 modul je. Apa nak jadi dengan aku ni yang sangat malas. Kalo on jer laptop bukannya reti nak buat kerja, bloghopping sana-sini. Dan bila dah muak berbloghopping aku akan baca entri-entri aku terdahulu di blog aku yang pertama dulu-dulu tu.
Hmm.. teringat lagi kisah-kisah lama. Rasa nak balik ke zaman dulu-dulu je. Aku dapat rasakan berbezanya cara penulisan aku dulu dan sekarang. Mungkin masa merubah segalanya. Mungkin juga usia telah mematangkan penulisan aku. Apabila diteliti penulisan aku dahulu, lebih kurang jer dengan penulisan di blog adik aku. Tapi penulisan aku dahulu banyak moral of the storynya. Aku pun tak tau kenapa aku rasa sekarang ni aku dah semakin tumpul padahal umur dah semakin bertambah. Sepatutnya kalo umur bertambah, manusia semakin matang, takkan aku jadi sebaliknya pulak? Tak logik.
Bila aku baca entri-entri aku dulu, aku tengok juga komen. Tak ramai yang komen tapi regular commentor jugak la. Ada jugak yang blogger. Bila aku klik link blogger ni diorang pun dah tak update lagi dah blog diorang. Terasa rindu pulak kat diorang ni. Ada yang dah berstatus Puan. Eii... teringat lagi. Menci la..
Kenapa ek? Aku selalu teringat kisah-kisah lama sekarang? Memang macam tu ke orang yang nak kahwin? Teringat kisah-kisah zaman dahulu sebelum melangkah ke dunia baru bergelar isteri kepada seorang suami?
Gambar ni kes teringat lagi. Hehehe. Dulu masa aku study, diorang ni kecik-kecik lagi. Masa tu si Adli yang bongsu takde lagi. Kalo weekend ataupun cuti aku balik umah cousin aku ni aku ler yang tukang bancuh susu diorang. Bulan 7 hari tu aku bertandang lagi ke umah cousin aku ni tapi bukan sebagai student lagi dan anak-anak buah aku ni semuanya dah besar-besar. Si Aisyah siap leh kenakan aku lagi bila aku asik sms jer dengan tunang aku. Nengok tu buat tanduk lagi kat aku masa amik gambar. Hai, cepatnya masa berlalu. Dulu asik merengek jer mintak susu sekarang diorang plak yang bercerita berteka-teki itu ini dengan aku.
Dan Ramadhan kali ni jugak Ramadhan terakhir aku sebagai anak gadis. Insya Allah kalo dipanjangkan umur, dipermudahkan jodoh, Ramadhan berikutnya aku akan berpuasa sebagai seorang isteri pulak. Rasa syahdu pun ada. Nak tau 1 rahsia? Aku ni liat sikit nak bangun bersahur. Mak selalu marah sebab aku makan nasik lagi sikit daripada adik bongsu aku semasa bersahur. Macam mana ler agaknya aku nak kejutkan hubby aku nanti kalo aku pun dah liat nak bangun sahur? Huhuhu.

Tags
Memories
mira makin tembam.. alhamdulillah senang ati yek :))
ReplyDeleteye ke shim? hehehe
ReplyDeleteye la kot..
thanks...