Simptom-simptom si dia milik orang

:flower:Pernah bercinta? Oh, mesti lah pernah kan? Pernah tak bercinta dengan kekasih orang? Atau tunang orang? Ataupun suami/isteri orang? Hmmm... Pernah? Tak pernah?

Kadang-kadang kan kita tak sedar yang kita sedang terjebak dengan cinta segi. Kenapa? Hah, kerana ayat power lah. Kalo ayat pun dah power rangers senang jer nak cairkan hati perempuan. Eh, jangan tak percaya pulak, perempuan pun ada yang pakar dalam ayat-ayat power ni, bukannya kaum lelaki jer. Tolong sket ek? Heheheh.. Perempuan pun dah setaraf dah dengan lelaki. Baru ler berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Huhuhu

Cuba ingat balik, masa korang terjebak dengan permasalahan cinta tiga segi ni, pernah tak korang alami situasi macam ni:

  • Si dia tak pernah setuju kalo korang ajak dia dating pada hujung minggu.
  • Kalo korang call si dia pada hujung minggu, mesti hp dia off.
  • Kalo keluar dating kan, si dia takkan pergi dating tempat yang dekat-dekat.
  • Masa keluar makan, si dia akan cari tempat yang agak tersorok, konon-konon nak romantik ler tuh.
  • Masa dating, hp takde ringing tetapi tetiba jer dia bercakap dengan seseorang (silent mode ler tuh)
  • Diorang akan ajak dating masa office hours atau siang jek, malam takde dating.
  • Kredit hp si dia asik habis jek walaupun si dia tak pernah call korang, korang jer yang call.
  • Hp dia selalu busy pada tengah malam.
  • Selalu jer kalo korang call dia tak jawab, tapi kalo dia return call, berjam-jam selepas masa missed call tersebut.
  • Si dia tak benarkan korang sentuh hp dia, apatah lagi nak membelek-belek. Haram!
  • Kalo korang ajak tengok wayang, si dia akan bagi alasan yang dia dah tengok DVD padahal dah/akan tengok dengan yang 1 lagi.
Ada tak? Ha... lelaki jahat ke perempuan jahat? Pandai kan tipu-tipu orang ni?

Kesian...... Tipah Tertipu :cry:




8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. mira.. kita suka yg nih

    'Kredit hp dia asik habis jek walaupun si dia tak pernah call korang, korang jer yang call.'

    sangat setuju, ok!

    keep on giving tips, okeh!

    take care...

    ReplyDelete
  2. ~ adeh.... cam pernah menggalami jer situasi camnih. nasib la tak terjebak lagik. kesimpulannya, jangan percaya 100%, kan? :P ~

    ReplyDelete
  3. takat ni xpenah lagik lah bercinta ngan somi, tunang atau kekasih orang..

    cuma bleh tau je kalau simptom2 tu banyak mengelak dan berahsia ngeh2

    ReplyDelete
  4. hehehe,
    macam kena kat batang idung pocket kejap :)
    hhuuuuhuuuuu,
    tp pocket will be:
    'Kalo korang call si dia pada hujung minggu, mesti hp dia off.'

    huhuuuu,
    mira cam ada panglaman jer bila post ni?:)

    ReplyDelete
  5. ayu,
    hehehe..ayu terkena ke ayu kenakan org? hehehe

    amy,
    aha.. ada yg sebaya kita tp anak dh 2.. pn leh sorok lg tuh.. huhuhu

    ien,
    biasa ler tuh, kena pandai ar cover line br x kantoi..ekekke

    pocket,
    erk..terkena ke?? hhuhu.. sowie xde niat pn nk mengenakan sesape..
    agak2nya cmne?? hehehehe

    ReplyDelete
  6. yaa.. lelaki mmg pandai kaber line.. tp terkantoi gark akhirnye uhuhu

    ReplyDelete
  7. ien,
    sepandai2 tupai melompat..akhirnya patah kaki jugak jatuh... ahaks

    ReplyDelete
  8. sik tauklah pernah sik mengalami... sik pasti... kmk masih naif dengan hal-hal yang sebegini... huhu... p, i'm learning! ;) teruskan usaha anda menyebarkan tips-tips sebegini, Kak Ira, hehe... ;)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form