mim alif lam alif sin

:pandaGeli_36: Hai kawan-kawan.

Hari ini telah diisytiharkan sebagai hari malas dan membosankan. Sungguh, aku tak tipu. Pagi-pagi lagi dah malas semacam jer masa nak pergi ofis. Hari ni kelas ada 1 jek berbanding semalam kelas straight 11 - 5. Tapi selalunya hari Selasa aku ok jek. Well-prepared agaknya dari segi mental dan fizikal. Dan bila tiba hari Rabu otak aku dah set ada 1 kelas, 2 jam jer, tu yang agaknya malasnya tak terkata.

Aku takde idea dah nak bagi latihan apa untuk amali. Susah gak kena salu carik idea-idea kreatif ni. Bila bukak al-kitab al-RMS, hari ni 10 September 2008 kena ajar buat 'Film Loop'. Apa ntah binatang tu, rasanya aku tak ajar pun budak-budak sem lepas, wakakaka. Padan muka diorang. Jahat sungguh aku ni kan? Pastu aku selak-selak buku, bukak sana-sini, study sket, buat guna kaedah cuba-jaya dan hooray, terus berjaya. Pastu bila tiba masanya, aku masuk kelas, ajar apa yang patut dan yeay! Tercetus la idea basi. Aku suruh budak sambung latihan yang aku bagi semalam cuma tambah dengan binatang baru yang aku ajar tu. Aku tengok-tengok jer diorang buat, ada yang tanya, aku ajar. Yang tak tanya, berlagak ler tu. Wakakaka. Nampak macam konsentret jer diorang hari ni, bagus, tapi macam jakun jer bila dah reti buat. Bila tak reti buat, hah, mula la tunjuk muka, bagitau folder tak dapat bukak la, pendrive tertinggal la. Macam-macam hal. Bila budak-budak dah bersemangat, aku plak yang bermasalah. Fikiran melayang-layang jer di awang-awangan. Muahahaha.

Kalo sesiapa yang dah follow aku dari blog kelisabiru aku dulu, tau la sindrom yang aku pernah hidapi sem lepas. Nampak gayanya sem ni aku dan kroni belum lagi diserang sindrom quadititis. Ada tu ada, cuma demam-demam ringan jer la, belum lagi di tahap kritikal yang perlukan rawatan di A&E atau ICU. Ahaks. Tapi, sem ni macam banyak gosip budak sem 1 ler plak.

Ooops. Close case. Bulan puasa. Ekeke. :wink:


To be continue. :pandaGeli_26:





6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. mmg akak tak faham langsung coz dah lama ilang jejak myra..lain kali jgn la menghilangkan diri lg..mmg blur je biler bace n3 myra :(

    ReplyDelete
  2. hehehe..gagah jak mek ngeja ayat jawi ya. nasib bait senang..mun sikkkkkk..hehehe :P

    boh malas²...tuhan marah...ceaaaaa!!! wakakakaka..wakakaka
    sak gik dikpun pun malas ow...ngehngeh

    :P

    ReplyDelete
  3. aku lagik laa malas nak bangun kalau xde tenet kekekeek

    ReplyDelete
  4. meo,
    kenapa bosan?

    amer,
    biasa la manusia ni perlukan motivasi :p

    risanur,
    sori ler kak... hehehe... mira tkr nick jer ari tuh... hehehehe

    red,
    oo tedah nya... sib bait juak tek x rebah oooh??? ahaks

    ien,
    aku kalo xde tenet buatt2 rajin jer la... hahahaha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form