Setel Alas Meja Kelas Alan

Masa awal-awal cuti sekolah dulu, cikgu kepada Alan ada wasap saya personal, mohon penajaan alas meja untuk kelas Alan tahun 4 nanti. Saya on sajalah, order di Shopee je pun. Masa tahun 3 pun sama, cikgu wasap personal mohon sumbangan. Saya target sampailah sebelum kami fly ke KL last week, senang cikgu nak setelkan awal untuk kemas-kemas kelas. Alhamdulillah sampai jugak, dan sebelum fly minggu lepas, hari Selasa saya hantar ke pejabat am di sekolah. Nanti cikgu collect je di pejabat am. Yang lucunya, staf di pejabat ingat saya rider nak deliver barang. Ahaks. "Tak, tak, saya parent, nak pass barang ni kat cikgu,", kata saya.  Barulah panjang je "Oooooh" staf perempuan tu. Kerani rasanya. 

Alas meja ni tak mahal, kebetulan masa order ada flash sale, tapi yang mahalnya postage ke Kuching, Sarawak ni haa. Nak buat macam mana kan? 


Masa sampai di KL minggu lepas, cikgu mesej. Alhamdulillah setel alas meja untuk 35 orang, Alan dan kawan-kawan. Hari Selasa hantar ke pejabat, hari Rabu cikgu dah setel dah kemas kelas. Nanti masuk kelas Isnin nanti dah boleh terus belajar dalam suasana kondusif dah. Tak ada lain nak balas jasa cikgu-cikgu, nak bantu dalam bentuk tenaga bantu cikgu kemas kelas, kesuntukan masa pulak, ada rezeki sikit, bantu je apa yang mampu untuk keselesaan anak-anak belajar di sekolah. Semoga dipermudah urusan anak-anak menimba ilmu kelak. Tahun ni Alan dah di Tahap 2 dah.

Hari ni sibuk prepare dokumen untuk pendaftaran ke sekolah hujung minggu nanti. Fotokopi dokumen yang perlu, buat pengesahan lagi, nasib jugak yang berkaitan PIBG boleh dibuat secara online, setel terus pembayaran dan print resit. Nanti daftar just tunjuk resit je. Baru lega sikit rasanya, ada yang dah setel. Malam ni nak tengok buku-buku dan baju sekolah pulak. Baru teringat baju sekolah baru belum basuh lagi. Huhu.

Macam mana persiapan mak-mak lain pulak? Dah setel ke tu?



 

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Ceria kelas... alas meja dan dinding sedondon lah.
    Pandai KM pilih kaler.

    ReplyDelete
  2. Suka tengok kelas yang teratur kemas bersih. Moga anak-anak tambah semangat menuntut ilmu.

    ReplyDelete
  3. waahhhhh nampak cerianyaaaa alas meja kelas Alan!

    ReplyDelete
  4. cantik kelasnya, semoga murah sokmo rezeki KM... ameeennnnnn

    ReplyDelete
  5. Baru semangat sikit nak belajar. 👍

    ReplyDelete
  6. Barulah semangat nak belajar... (dan mengajar)

    ReplyDelete
  7. Eh, menarik juga ginikan? tengok kelas Arrizqi, rasa geram je dgn papan kenyataan belakang kelas, hahaaa. Dinding semua dah bercat baru, deco sahaja yg belum. Rasa nak aktif tlg anak kemas kelas la tahun ni, tapiii ada tiga orang ni. Persiapan? already ready! tinggal masuk belajar ja.

    ReplyDelete
  8. Cantik kelasnya!
    Mesti seronok anak-anak belajar buka sekolah nanti.

    ReplyDelete
  9. Urusan kmk anta anak ke asrama pun dah setel...cantik lapik meja...mesti pelajar lebih bersemangat untuk be;lajar nanti

    ReplyDelete
  10. Saya juga prefer membantu dari segi barang atau financial kak. Soalnya saya tak mungkin bisa ikut kegiatan sekolah sebab kerjaan. Karena itu tiap sekolah mengadakan sesuatu, saya bantu dengan Transfer uang ke bendahara kelas.

    Atau kalo kelas butuh fan, saya prefer langsung beli fan, nanti yg pasang staff sekolah. Yg penting anak2 bisa belajar dengan nyaman

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form