Maaf! Agak malas sikit nak update blog. Tapi macam tak sah pulak kalau tak simpan memori anak-anak masuk sesi baharu kan?
Kisahnya bermula hari Sabtu lagi (15/2/2025), hari pendaftaran untuk Irfan, Imran & Idlan. Irfan aka Abang dah form 1 tahun ni so seluar pun dah hijau dah. Tarikh 15/2 hari tu Ibu kerja la pulak. Memang tak dapat la nak teman Abang pergi mendaftar di sekolah baharunya. Semuanya mengharapkan Ayah untuk daftar 3 orang hero. Biasalah bila dengan Ayah, memang takkan adalah sekeping gambar pun.
Abang dengan uniform baharu, sebelum pergi mendaftar di hari Sabtu. 2 orang dah anak di sekolah menengah. Tahniah untuk diri sendiri.
Kakak pulak mendaftar pada hari Ahad, Ayah drop kami berdua di sekolah dan Ibu teman mendaftar di kelas baharu Kakak. Tahun ni si kakak dah masuk form 4 dan tukar kelas jugak.
First day drop Abang di sekolah baharu. Ada Kakak tukang ambik gambar. Next lepas hantar Abang barulah hantar Kakak pulak.
Sempat snap gambar ni je untuk sepanjang minggu lepas. Bekal macam biasa tak off, memang 4/4 #theIMANs bawak bekal setiap hari, termasuk Ibu jugaklah. Jam 4 pagi dah bangun kejutkan semua, masak, Subuh sekarang masuk lambat, 5.43 pagi so selepas Subuh baru gerak dari rumah. Kena gerak dari rumah sebelum jam 6 pagi. Hahaha.
Rutin baharu korang pulak macam mana?
Rutin kita tak berubah tapi lepas dah naik sekolah ni terpaksa berebut keluar awal jugak. Tak faham kenapa setiap kali dah mula sekolah kereta banyak padahal laluan kita tu bukan laluan pergi sekolah pun, hihi. Rajin betul Mim sediakan bekal tapi ialah, masak banyak² berbaloi jugak kan.
ReplyDeleteSejak si kakak tadika sampailah skrg dah form 4 buat bekal x pernah miss.. semua 4 beradik sejenis x mkn mknn kantin 🤭
DeleteAll the best buat anak2!
ReplyDeleteberbeza dengan lady, kalau lady... lady jenis malu nak ambil gambar atau nak bergambar di tempat org, terasa ade org memandang.. kalau suami mmg kejenya ambil gambar :P
ReplyDeleteitu lah...suami linda pun takde amik gambar anak2.. hahaha...
ReplyDeleteanak2 tak bawak bekal, tapi bersarapan di rumah...
so menu sarapan dna lunch memang kena buat lah...so. menu lunch tu, bekal ibu lah
Anak-anak kamek pun berbekal mem. Semua madah malas maok berebut di kantin.
ReplyDeleteAwal kakmim keluar rumah. Rajin masak bekal untuk diri sendiri dan anak-anak. Tahniah, ye!
ReplyDeleteall the best utk anak2 kita semua!! MZ masa 1st day sek tu MZ masih kat swiss, so zharfan ditugaskan antar amik adik2 kat sekolah masing2
ReplyDeleteDah masuk sekolah lagi anak2 yaaa ☺️.
ReplyDeleteRutinitas saya selama ramadhan ini palingan dalam hal masak saja kak. Kalo biasanya pagi dah start masak, nanti jadi sore jelang berbuka. Sahur menunya sama, JD sekalian masak cukup sampai sahur 🤭.