Sedap Rupanya Kunafa Chocolate Bar

Hari tu masa ke KL sempat la beli coklat Kunafa di Bukit Bintang. Mula-mula seram jugak tengok orang bersusun nak beli kunafa. Saya pulak sejenis tak makan kunafa, nak beli pun tak tau nak beli kunafa yang macam mana. Tanya Iman pun dia tak tau, selalunya kalau si Usu ada, dia tau la nak beli flavor apa. Iman hanya nak coklat kunafa je. Pun panjang queuenya, cuma di kedai Alepo tak ramai orang.

So belilah di sini, 1 bar RM30, beli 3 kotak, buat raso-raso

Sedap jugak coklat kunafa ni rupanya, ada crunchy rasa pistachio.

Lepas tu masa di ekspo di BCCK hujung minggu tu, ada kedai coklat local ni jual coklat kunafa. Iman apalagi, pucuk dicita ulam mendatang, bagai orang disorongkan bantal. Tak puas makan katanya yang beli di BB. So Ibu pun belilah 1 bar. 

1 bar RM50, demi anak layankan je. Not bad jugak, yang ni memang terasa homemade coklatnya. Selalu follow je akak owner ni di FB, now baru berpeluang merasai sendiri coklat kunafanya. Boleh pergi jauh. Sedap. Tapi kunafa, tetap saya tak boleh nak terima, yang bercoklat ni insya Allah boleh pulak tekak ni menelannya. 








 

19 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Belum pernah beli dan makan lagi yg bar coklat ni. Kalau kek atau original kunafa, ada jugak makan. Mesti sedap tu sampai Kak Iman minta beli lagi yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan sedap kak, kalau kunafa sy x mkn sbb manis sgt

      Delete
  2. Ada kawan bagi satu bar, bawa balik dari Arab, sedap dari yang saya buat dan anak order di Shopee. Makan sikit2 sebab manis jugak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak, manis yakmat, tp desert org Arab ni semuanya manis belaka, sy mmg xleh masuk, ni sbb ada coklat tu yg mkn sikit²

      Delete
  3. Sedap...tapi harga dia Ya Allah....

    ReplyDelete
  4. MZ beli utk zharfan masa MZ transit kat airport dubai..memang kalau convert RM, harganya around RM70 gitu...zharfan kata sedap sgt! puasa hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lg la ori... orang kata coklat dubai.. dapnya

      Delete
  5. Nampaknya PH sorang je kot belum try choc kunafa ni hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH tak berseorangan. Ana pun blm dpt rasa hehehe

      Delete
    2. Xpe PH, nnt jalan² la di area BB syok jugak sekali sekala mkn mcm² yg viral di situ

      Delete
  6. sedapnyaaa... kena makan dua bulan sekali, mahai nau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahun sekali pun bagus jugak cha.. ahahaha... manisss ni

      Delete
  7. Pernah makan, anak-anak beli 1 pk, kongsi2.
    Sedap juga rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, kena kongsi², sbb mahal & manis.. haha

      Delete
  8. kalo yg original dr dubai tu ya ampunnn beratus...tp dpt yg mcm ni pn not bad...akak pernh bli kt tiktok murah juga dlm rm 33

    ReplyDelete
  9. twins sudah lama minta beli kunafa, tapi mamanya malas hehehehe, teringat teman-teman bilang yang ramai dijual isinya mie bihun. Duh

    ReplyDelete
  10. Kalo yg original dari Dubai, saya tak nak beli. Mereka jual dengan harga gila2an. 1 bar Rp700 ribu - 1juta . Tak akan saya beli 🤣🤣🤣

    Akhirnya beli yg dupe dari brand coklat lokal. Okelaah, saya bisa makan. Tp cukup sekali saja hahahahah. Hanya nak rasa2 😄

    ReplyDelete
  11. Mok juak coba mun ada kesempatan kelak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form