Update dari Meow City

Kuching dari hari Selasa dah hujan, turun kerja hujan sampailah ke petang balik kerja pun hari masih hujan. Hujan tanpa henti sehingga hari Rabu ditambah lagi dengan king tide, hmm.. memang dah boleh agak mesti ada kawasan yang akan dinaiki air. Especially kawasan rendah dan kawasan kampung di sepanjang Sungai Sarawak. Tapi malang tak berbau, di Miri ada kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit. Mula-mula ingatkan jalan berbukit naik ke Grand Oil Lady je yang runtuh, rupanya runtuh dan menimbus kawasan rumah di Kampung Lereng Bukit di area situ. Dan yang paling sedih mangsa korban anak beranak, 4 orang sebab tertimbus dalam runtuhan rumah mereka. Allahu! Mohon sedekahkan Al-Fatihah ya untuk mangsa runtuhan tanah runtuh di Miri, Sarawak.

While di Bintulu pula, banjir besar! Banjir sehingga bekalan eletrik terpaksa diputuskan. Jarang jugak sebenarnya Sarawak ni dilanda banjir besar. Yang banjir di Bintulu kali ni, banyak kawasan perumahan yang ditenggelami air! Sepatutnya kami memang ada plan nak ke Bintulu cuti CNY ni, tapi tak jadi. Kalau jadi, tak taulah macam mana. Semoga dipermudah urusan orang-orang di Miri dan Bintulu.

Saya sambung kisah hari hujan sepanjang hari di hari Selasa tu. Tengah harinya ex student send whatsapp tanya ada ke kat rumah sebelah petang nanti. Saya cakap ada je, tapi jam 6 baru ada di rumah. Lepas balik kerja bak ke rumah mak dulu. Dia balas nanti petang dia nak hantar sesuatu. Baiklah.

Saya dah agak dah, mesti dia nak hantar kad jemputan.

Tahniah Pika!!! Berhujan-hujan dia hantar ke rumah.

4 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Semoga mangsa kejadian tanah runtuh ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Sedih betul dengar berita..

    Semoga mangsa2 banjir pun dimudahkan segala urusan mereka. Aamin2

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar!
    Semoga dipermudahkan urusan penduduk Bintulu.
    Kelmarin baru balik dari Malaya. Sampai LD...rupanya daerah kami banjir!

    ReplyDelete
  3. Innalilahi wainnailaihi rojiun. Semoga tak banyak jatuh korban dengan bencana alam akibat hujan ini.

    JKT juga sebagian banjir. Ada yg cepat surut, tp ada juga area yg belum surut

    ReplyDelete
  4. Itu lah.. macam tak pernah baca Bintulu banjir.
    Semoga semuanya sudah beransur surut.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form