Sambung lagi cerita semalam... hihihi
Selesai makan tengah hari di SCR, kami ke Aeon Mall. Masuk parking, amboi banyaknya kereta, parking pun dah nak sampai ke rooftop dah. Nasib baik dapat parking. Rasa pergi masa bulan puasa je. Pagi-pagi parking dah penuh.
Kita jalan-jalan dulu dalam Aeon tu sendiri, cari towel, cari seluar Abang. Budak ni semua seluar dah senteng. Awanlah yang untung, seluar Abang dia, dia pulak yang pakai, banyaklah pilihan seluar dia. Haha. Begitulah, turun-temurun, mana yang masih elok untuk digunapakai, kita turunkan kepada adik-adik. Kalau baju saya pulak, saya turunkan pada si kakaknya, ada juga bagi makcik-makciknya (adik² saya). Hihihi. Nasib la badan lebih kurang je saiznya.
Pusing-pusing, ronda-ronda, Iman ajak masuk Miniso. First time saya masuk situ. Itu pun sebab Iman yang beria nak cuci mata katanya. Meriah jugak Miniso semalam sebab ada less 10% bagi sebarang pembelian.
Tapi kan. Anak yang kononnya nak cuci mata, Ibu pulak yang dapat 'hasil'nya. Ya ampun! Hihihi. Kebetulan sebenarnya, perfume memang dah habis, cuba-cuba jugaklah tester perfume di situ. Not bad lah baunya, botol pun cantik dan comel jer. Harga pun not bad, mampu milik sangat, bawah RM100. Encik Suami pun try tester, sebab perfume untuk lelaki pun ada. Tetiba Encik Suami berkenan bau satu tester perfume pempuan, botolnya unik, berbentuk durian tapi kaler soft pink.
Tadaaa! Concerto nama diberi. Baunya manis-manis buah tapi refreshing. Encik Suami memang dah kenal benar bau yang saya suka. Saya pun setuju. Saya suka, saya suka. Comel kan botolnya.
Dan inilah 'hasil' cuci mata Iman, tapi Ibu yang punya. Harganya RM49.90 untuk 100 ml. Iman pulak tak ada tangkapan di Miniso. Almaklumlah dia dah pow Ayahnya 2 pasang baju; sepasang skirt dan tshirt, sepasang lagi jeans dan blouse di Brand Outlet. Oklah kan, anak dapat, Ibu pun mesti dapat jugak.
Akak tau jenama Minio selalu beli benda2 merapu je kat situ sebab comel...perfume ada nampak tapi x pernah beli..kena cuci mata jugak ni..
ReplyDeleteItulah barang² merapu tp comel je semua... mmg semua utk cuci mata
Deletecomeinya botol dia..
ReplyDeletekan? x perasan btk durian, en suami yg bgtau.. haha
DeleteBestnya shopping sambil berjimat. Turun-temurun barang macam ni memang praktikal dipakai untuk adik beradik lain.
ReplyDeletebegitulah bila anak-anak ramai, dpd membazir pakai je lah, x rugi jugak beli brg branded sikit sbb jangkahayatnya mmg agak lama
DeleteAda jual perfume jugak rupanya di Miniso.
ReplyDeleteLumayan hasil tangkapan Iman ya 😀
Itulah sy pun baru pernah masuk sini, selalu lalu² je
Deletemesti sedap kan baunye...
ReplyDeletesedap
DeleteTak pernah hidu. Tapi barang Miniso helok je.
ReplyDeleteKan? mcm kualiti je barang sini
DeleteSelagi boleh diperturunkan, why not kan...
ReplyDeleteCute nya botol perfume 👍🏻
Iya, mcm kami adik beradik dlu mcm tu jugak, skrg anak² plak
DeleteComel botol perfume ni. Selalu kat sini beli benda lain sebab banyak yg comel.
ReplyDeleteBudak pempuan mmg suka masuk sini, alat mekap pun best²
DeleteSaya ada beli satu body mist dari Miniso masa pergi China. Bau memang tak mengecewakan dan banyak betul pilihan bau yang best2. Murah dah comel2.
ReplyDeleteBarang lain pun comel² je
DeletePernah masuk sekali jer Miniso ni.. tak tau pulak ada perfume... Kalau sedap bau nya.. berbaloi la pembelian :D
ReplyDeleteBerbaloi sbb murah tp baunya tak lasting, lasting lg bodyshop
DeleteComelnya botol dia Kak Mim
ReplyDeleteComel kan? berat jugak botol dia
DeleteKedai saka.
ReplyDeletePatutla wangi je, kakMim rupanya.
xdelah saka sangat, kalau eco baru saka, saka sini mahallah jugak setakat, nnt x lama pakai budak²
DeleteKalau haruman yang hidung sendiri selesa hadapnya maka ok la ya...
ReplyDeletesetakat tahun tok kamek belum lagi ke Aeon Mall..banyak gilak mall di Kuching
Aok, nyaman baunya.. aie duhal, boleh la embak famili raon kelak
Deletecute botol perfume tu
ReplyDeletesoft pink pulak tu
Deletewangi juga perfume miniso nie...pernah beli dulu..cuma, takde lah tahan lama...tapi, ok je
ReplyDeleteYg ni sokong linda, bau nya x tahan lama, presentation botol dh cantik dh... hihi
Delete