Menu Simple Sungkei

Terima kasih Ana & PH yang dah share idea untuk masak ayam pagi tadi. Semuanya sedap, tapi saya kena jugak ikut selera #theIMANs. Depa ni sejenis makan lauk berkuah sebab tu kena cari menu yang boleh dibuat kuah banjir atas nasi. 


Ana suggest ayam pandan. Sedap ni. Tapi takde berkuah pulak dan takde daun pandan. So tak dapek la nak buatnya.

PH pulak dah masak ayam ungkep. Menu Johorean ni kalau tak silap, teringin sangat nak rasa tapi tak pernah try lagi buat. Masa yang singkat tak dapek jugak nak try menu baharu.

So ayam hari ni masak kunyit je, senang. Balik kerja jam 5 sampai di rumah, terus bersilat di dapur ketang-ketung sebelum mandi dan solat Asar.


Menu simple untuk sungkei hari ni:
1. Ayam masak kunyit
2. Kacang panjang tumis belacan
3. Telur masin
4. Buah epal
5. Jus guava Amway

Alhamdulillah. Semua ikut sungkey walaupun sorang je puasa. Awan tanya, bila Ibu puasa lagi? Bila kita nak puasa Ramadhan?

Hmm.. tak lama lagi dah tu.


 

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Tadi saya seorang je berbuka.. Beli nasi goreng ayam dan teh o ais.. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ui sedap jugak tu trs teringin nk mkn ns grg ayam..haha

      Delete
  2. Menu ringkas macam tu pun dah sodap mak aih...Express kak min masak after work. 🫡

    ReplyDelete
    Replies
    1. Strategi kena ada.. hihi... balik keja kena trs masak, kalau x masak terus nnt trs malas nk masak

      Delete
  3. Oh sungkey tu berbuka ye?
    Lebih kuranglah menu kita; Ada ayam, ada telur masin & sayur :)
    Si Kakak pun nak ikut PH puasa, tp suruh dia setelkan UPKK dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye PH... org swak kata sungkei = berbuka puasa...
      iman selalu join je tp semalam dia ada jamuan kelas tu yg x join sekali

      Delete
  4. menu macam ni pun dah menyelerakan. boleh bertambah2 makan dengan nasi panas2.

    ReplyDelete
  5. sama mcm anak MA, mesti nak ada lauk yg berkuah kalau makan tu
    emm..semua nampak sedap tu, alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Menu ringkas tu yang buat menambah nasi...ayam ni kita boleh pelbagaikan...rasa nak buat kari ayam tanpa santan plak la...dapnyaaa

    ReplyDelete
  7. kalau nak bersungkei, menu apa pun sedap...sebab nya lauk panas2...insya-Allah berselera semua nya...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form