Masak Apa Hari Ini?

Semalam tak masak, seharian keluar. Hari ni awal pagi dah masak, sebab menu hari ni kaki ayam! Nak dapatkan kaki ayam yang empuk kenalah rebus dulu sebelum masuk dalam tumisan kicap. Pakai noxxa lagi cepat kan or pressure cooker, tapi saya tak ada cooking gadget tu. Semuanya guna manual dan tradisional saja.

So, tada!! Bila masak awal, takdelah rushing sangat nak kejar  masa lunch. Boleh la photoshoot dulu.

Menu hari ni:

1. Kaki ayam masak kicap pedas
2. Kangkung belacan
3. Ikan kembung goreng
4. Tempoyak goreng campur udang
5. Buah kiwi pencuci mulut

Sebab dah janji dengan 3 hero hari ni tak keluar. Syok jugak seharian tak keluar rumah. Main masak-masak je lah. Lepas tu layan movie kat Prime. Hari minggu yang santai. Hari minggu korang pulak macam mana?


 

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Kami hari Sabtu x kemana santai dkt rumah saja. Hari Ahad semalam keluar. Tak masak pun Kak Mim. Makan diluar semalam. Hihihi!

    ReplyDelete
  2. Sedap² belaka menu kakmim ni...
    Kiwi tu mmg warna kuning ye? Sy selalu jumpa yg hijau je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, golden kiwi katanya... iman pun neves masa kupas dia ingatkan kentang.. haha

      Delete
  3. Menyelerakan.. Terbayang-bayang nak berbuka puasa apa hari ni..

    ReplyDelete
  4. wahhh sedapnya! semlm kami kuar ronda2 pegi mall ajer

    ReplyDelete
  5. Sedap pulak kaki ayam masak kicap pedas tu. Hari Sabtu akk buat sup kaki ayam. Masuk dalam rice cooker je nak bagi lembut.
    Ahad melepak je kat rumah, lagipun semalam panas sangat kat luar.

    ReplyDelete
  6. Haishhh nampak sedap udang tempoyak tuuu

    ReplyDelete
  7. kakmim pandai masak... yum yumm yumm

    ReplyDelete
  8. rare menu kaki ayam tu....slalu mkn sup kaki ayam or kerabu kaki ayam je

    ReplyDelete
  9. sedapnya menu2 nya... alhamdulillah, ala, nak beli kiwi jugak..dap tu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form