Alhamdulilliah, hari ketiga di tahun 2025 dah ada hari berkursus untuk direkodkan. Letih sangat semalam, otak non-stop dari pagi. Jarang-jarang saya stay ofis di tengah hari Jumaat. Selalunya confirm balik rumah.
Dimulakan dengan slot perkongsian bersama Kolej Komuniti Lahad Datu, jiran negeri sebelah. Walaupun jarak memisahkan but thanks to Goiogle Meet yang memudahkan sesi perkongsian kita. Skot ini dah dirancang tahun lepas lagi dah, dan sebolehnya kami merancang untuk melaksanakannya sebelum sesi baharu bermula pada minggu depan. Nanti kelas dah mula semula, tenggelam timbullah seorang Kakmim di alam bloggerwara ni.
Thanks semua atas jemputan dan kerjasama. Walaupun hari Jumaat masih semua setia di depan pc sehingga jm 11 pagi.
Sebelum closing, sesi Padlet mesti ada. Seronok simpan respon dan maklumbalas di Padlet.
Petangnya pulak in-house training bersama penceramah jemputan
Tajuk sama, tapi kali ni kami jemput panel bahagian ni pulak. Walaupun majoriti balik 4.30 petang tapi tetap stay tak puas bertanya soalan dengan panel. Jam 5. Jugak selesai semuanya termasuk sesi group photo.
Semua rancak bertanya soalan semalam. Peluang untuk bertanya soalan yang terbuku di hati bersama panel. Fuh, penat. Sampai rumah pun lambat, memang jarang-jarang sampai rumah 6 petang uols. Rupanya jem nak masuk taman sebelah petang boleh tahan jugak. Ye lah selalunya saya jam 5 dah sampai rumah, jalan masuk ke taman perumahan masih lagi lancar, takdelah lama sangat queue tunggu traffic light.
Dan.. sebab itulah saya tak ada berjimba di sana sini di alam bloggerwara semalam. Nak baca WA grup family pun tak sempat. Pagi ni baru dapat scroll semua chat adik-adik saya semalam. Hihi.
Tags
Work
Buat masa ni ibu masih belum ada apa2 kursus lg utk tahun ni. Rasanya tahun ni nak libatkan diri dengan banyak acara luar berbanding tahun lepas. Itupun tgk pada kebenaran pegawai sbb kami ni ramai staff semuanya kena bergilir2. Huhuhu!
ReplyDeleteAwalnya dah ada kursus.
ReplyDeletewaahh awal tahun baru 2025 dah start kursus ye? salam tahun baru buat kak mim sekeluarga. moga baik-baik aja semua ye :)
ReplyDeleteAwal tahun semua bersemangat hehe... Penuhlah aktiviti ofis kan
ReplyDeletebestnye... untuk terus bersemangat..
ReplyDeleteSelamat berkursus secara dalam talian..
ReplyDeleteAwal tahun idea fresh hendak diperkembangkan. May ALLAH ease everything for u sista!
ReplyDeletekalau topik best mmg tak henti2 nak ajukan soalan. tak kisah laa meeting ke, kursus ke, seminar ke... sy pun akan tanya mcm2 kalau ada peluang hehehe
ReplyDeletebagus ni, awal2 tahun dh full productivity!
ReplyDelete