Hadir di Sambutan CNY di BCCK

Kerajaan negeri setiap kali perayaan mesti akan buat 'open house' di BCCK. Raya puasa, raya cina, raya gawai, confirm ada buat sambutan untuk rakyat marhaen. 


Tapi kami tak pernah pergi pun. Kalau hari raya confirm sibuk berziarah rumah famili di hari raya pertama, tak adanya nak sibuk ke event macam ni.

Semalam kebetulan tak ada plan lain, kami anak-beranak pun pergi la ke majlis sambutan CNY ni. Cuaca hujan pun pergi tau! Kami gerak seawal 10 pagi, dengan harapan orang tak ramai sebab hujan. Tapi rupanya ramai jugak! Cuma tak perlu queue panjang, parking pun senang je dapat.

Bila semuanya dipermudah tak dan nak bergambar bagai sebelum nak masuk ke dalam hall. Lagipun ramai urusetia yang bertugas di luar hall, semestinya staff state di jabatan, jadi segan pulak nak bergambar. Hahaha.

Masuk hall, terus je masuk queue ambik makanan dan terus cari meja dan makan. Ada show artis local, tarian singa dan show kumpulan muzik yang instrumen muzik tradisional kaum Cina tu. Bangsa Cina sendiri pun ramai jugak yang hadir semalam. Duduk random je di meja so bercampur la Melayu, Cina, Iban semua. India tak jumpa pulak, sebab India memang minoriti di sini.

 
 Lepas makan, kami pun terus balik. Tapi tak balik ke rumah. Terus ke The Hill pulak nak jenguk book fair. Hehehe

 

4 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Semoga rakyat majmuk di negara kita terus hidup harmoni.

    ReplyDelete
  2. Waa best nyer rakyat sarawak... Tak pernah lagi attend mana mana function CNY yg ada makan makan ni ... Mcm best jer :D

    ReplyDelete
  3. Waaah saya tertarik datang kalo ada acara begini kak 😍😍😍. Mungkin kalau di Indonesia daerah yg mayoritas Chinese itu di Surabaya, Medan dan Singkawang . Biasanya di sana ada acara2 meriah untuk umum tiap Imlek atau CNY. Kalo di JKT ada, tp rata2 hanya utk sesama mereka .

    ReplyDelete
  4. Belum pernah attend mana-mana sambutan perayaan tak kira peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan sebab tahu susah nak parking dan orang ramai.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form