Bekal Apa Hari Ini

Lama pulak tak up ceta breakfast depan pc ofis. Haha. Beginilah apa adanya, nasi goreng telor je kata Iman. Nasi goreng ni Iman pun boleh buat, dah dia suka pandailah dia. Ibu pulak tak berapa suka nasi goreng bersosej gini, tapi itulah dah anak-anak suka terpaksa jugaklah buat dan bawak bekal. 

Pagi ni ada bacaan Yassin & potluck, majlis penutupan MSK dan jugak farewell pensyarah intern. Semuanya dijangka selesai jam 11 pagi. Bacaan Yassin seawal 8 pagi ni. Kita alas perut dulu lah makan nasi goreng.

Stok green tea baru habis sekotak. Kena beli baru untuk stok di ofis. Ni nasib baik ada 1 je teh Boh Cameron ni, last kopek. Macam nak suruh selalu puasa je drawer untuk simpan stok mamam² tu. Boleh kot sebab tak lama lagi pun memang nak masuk Ramadan kan.

Minggu ni cepat sangat berlalu. Esok dah Sabtu dah, hari ni dah 10 hari di tahun 2025. So apa plan korang weekend ni? Saya dan Encik Suami akan hadir ke sekolah Abang hari Ahad ni. Last event di sekolah tu, sejak 2016 ulang-alik di situ. Mula-mula si kakak lepas tu sambung pulak si abang. Nasib jugak la adik-adik di sekolah lain. Dapat jugaklah merasa 2 pengurusan sekolah yang berbeza.

 

4 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. simple & sedap & mengenyangkan..alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Sdp nasi goreng tu. sng bawak sndri bekal kan. Salam kenal dr blog cik renex :)

    ReplyDelete
  3. Nasi goreng macam ni memang fav SA dan suami..kadang buatkan untuk bekal Dania jugak

    ReplyDelete
  4. Bagus bawa bekal, jimat belanja. Nasi goreng yang masak di rumah, tak kira apa jenis, semua sedap. :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form