Alan Dapat Hadiah Dari Bapak

Malam kelmarin, selesai sungkei dan solat Isyak, kami ke rumah mak. Ibu Ayah, Awan dan Alan je. Si kakak dan abang tinggal kat rumah. Adik bagitau bapak takde selera makan sebab ulser kat lidah. So tak sedap hati pi la jenguk dia kat rumah. Minggu ni takde KAFA so Awan Alan tak balik rumah mak, kalau selalunya lepas KAFA diorang balik rumah mak so dapat la lepak dengan mak bapak sekejap sebelum balik. Bila minggu UPKK, KAFA pun ditangguhkan so diorang semua balik rumah kitorang je lepas balik sekolah.

Sampai je tengok bapak steady je tengok Buletin Utama. BU memang slot tv favouritenya, orang lama kan masih tetap tengok berita di tv. Kalau petang, wajib tengok Berita RTM yang jam 5 tu. Hehehe. Begitulah rutin YB ni, Yang Bersara.

Tiba-tiba bapak panggil Alan.

"Lan, tengok tu ada barang Alan sampai", kata bapak. Saya pun pelik, saya takde order apa-apa dari Shopee atau TT, kenapa ada barang Alan pulak? Saya kalau beli online memang guna alamat rumah mak bapak je sebab diorang memang ada je kat rumah kan? Sehari sampai 4-5 kali diorang update dalam WA grup family ada parcel sampai. Sampai rider pun dah tau kat mana nak letak parcel kalau pintu rumah tutup. 

Alan pun carilah parcel yang dimaksudkan. "Ni nama Usu, " kata Alan.

"Ala, unboxing je yang tu," sambung bapak lagi. Alan pun terus unboxing. Then, dia nampak ada kotak, terus senyum-senyum.

"Apa tu Lan?", tanya Ibu.

"Aeroplane," jawabnya sepatah sambil meneruskan unboxing kotak pulak. Bila dia keluarkan aeroplane dia dari kotak, memang senyum lebarlah. 

"Wah, aeroplane ke Lan?", usik bapak. "Model apa Lan?," tanyanya lagi.

"Antanov. Terima kasih bapak," jawab Alan sambil terus memerhati seluruh body aeroplane. Berat modelnya. Tak habis-habis tersengeh.

"Cakap terima kasih kat Usu, Usu yang order dari Shopee," kata bapak. Alan pun naik ke tingkat atas mencari usunya.


Hadiah bapak pada Alan.

Rupanya masa Alan di rumah mak, bapak ada suruh Alan search apa yang dia nak. Bapak nak bagi reward kat Alan sebab capai target dalam UASA kali ni. Alan sendiri bagitau kalau kat shopee ada aeroplane. Tu yang bapak suruh dia search sendiri sebab bapak tak tau model aeroplane apa yang dia nak. Hahaha. Ibunya pun tak tau model-model aeroplane ni, Alan tau je. Dia memang suka tengok Youtube pasal aeroplane. Air crash tahun bila yang masa dia belum lahir pun dia tau, kekadang dia cerita jugak macam mana belon tu terhempas, berapa crew yang selamat, sebab-sebab air crash, kita ni dengar je dan keep tanya lah soalan, biar dia syok cerita. Alan memang jenis macam ni, suka diprovoke dan kita tanya dia soalan, buat-buat dia macam dia tau semua, memang dia suka. Hahaha.

Seronok dia. Koleksi model aeroplane dia yang keempat. Lupa plak nak ambik gambar koleksi-koleksi Alan yang lain. Terima kasih, bapak!!

 
Nota kaki: Bapak = bapak Kakmim, atok Alan. Alan panggil atok dia, Bapak jugak, sama macam Ibu.

6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. sronok alan dpt hadiah lg reward utk dia..smoga trus cemerlang dunia akhirat

    ReplyDelete
  2. Alan bakal pilot ke ni?minat aeroplane ni...
    saya dah lama tak tengok berita di TV,zaman kecil2 dulu memang time berita ayah dah siap duduk depan tv jangan siapa berani alih channel

    ReplyDelete
  3. wahh best ni hadiah aeroplane. happy tu alan ;)

    ReplyDelete
  4. waahhhh besntya tahniah Alan dpt reward aeroplane! moga Alan terus jd anak soleh & capai cita-cita di awan biru hehehe

    ReplyDelete
  5. Tahniah Alan.
    Moga terus berjaya dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  6. Lawa betul belon tu. Bagusnya Alan menyelidik kapalterbang. Best ni nak dengar Alan cerita Jeju Air yang terhempas tu?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form