Musim-musim hujung tahun ni memang time orang habiskan cuti tahunan. Hari ni hari terakhir 2024, lengang je jalan hari ni, masih ada kereta tapi takdelah banyak sangat. Smooth je perjalanan ke sekolah Iman hari ni. Hari pun gelap je, macam ada tanda-tanda nak hujan. Habislah kalau hujan, malam ni dengarnya ada countdown di Kuching Waterfront. Tapi plan malam ni macam nak tidurr awal je. Baru sehari masuk ofis lepas bercuti seminggu, memang peng habis semalam. Tak dan nak masak untuk makan malam sebab ngantuk, call Encik Suami mintak tapaukan ajer apa-apa untuk makan malam.
Hujung tahun selalu orang kata masa untuk decluttering barang-barang kat rumah. Itulah plannya nak dibuat masa cuti seminggu minggu lepas. Tapi semuanya tinggal kenangan. Tak buat pun. Hari ni godek-godek posting dalam Drafts, hmm... banyak jugak yang dah siap letak gambar cumanya contentnya tak bertaip lagi. Ni mesti kes nak parking idea tapi akhirnya tak jugak dikembangkan ideanya. Ini gara-gara baca di blog Kak Ret jugak la. Rasanya memang ramai jugak yang parking gambar tapi tak taip lagi content, pastu jadilah draft yang tertunggak di dashboard blogger. Kan? Kan?
Macam gambar ni, saya dah park pertengahan tahun 2023 dah. Tahun lepas ya, bukan tahun ni. Tapi terus dilupakan. Kisahnya mengemas barang-barang selepas musim hari raya. Lepas raya kita simpan la balik tupperware yang memang guna untuk hari raya. Kalau saya memang ada kategori tupperware ni. Ada yang guna untuk harian, ada yang cuma keluar untuk hari raya.
Macam koleksi ni memang kegunaan harian.
Ini koleksi untuk tetamu bertandangn di rumah, kalau ada makan-makan ke.
Koleksi hari raya, raya je serve tetamu guna kaca, tapi airnya air gas. Hihihi.
Koleksi special edition keluar untuk serve air masa raya dan serve biskut dan kek lapis. Hihihi.
Begitulah ya. Tapi masa raya pun tak jugak keluar semua tupperware ni, ikut tema warna jugak. Kalau tahun lepas dah guna merah, tahun ni hijau pulak. Hihihi. Sekarang jangan risau, meamng dah stop dah membeli tupperware. Kalau yang rare je saya beli. Botol-botol air pun saya dah banyak bagi kat orang. Entahlah suka sangat beli botol air brand tupperware dulu. Ada ke yang obses tupperware macam saya? Tapi sekrang saya dah insaf. Semoga tahun 2025 semakin insaf daripada beli barang tupperware. Dengar kata tupperware bankrap kan? Tapi aktif je lagi agen-agen tupperware ni mempromosi dan meracuni kaum mak-mak. Hahaha.
Beli untuk guna. Especially freezermate dan botol air anak ke sekolah. Ni pun slow2 bagi orang malas nak menyimpan yang tak guna.
ReplyDeleteItulah.. pakai je apa yg ada skrg, yg dh xmo dah bg org dah, letak je kat fb sapa yg nak ambik je
DeleteSaya lah tu kakMim, like you suka tumbler tupperware but me choose just green colour 1st.
ReplyDeleteDua tahun lepas, habis sudah saya kemas, bagi pada orang dan buang mana tidak elok. Bermula dari situ memang tidak membeli lagi. Yang ada di rumah, semua digunakan.
boleh geng ngan Ibu MA ni..minat sgt tupperware. mcm kak mim la, ada koleksi warna nya, ada yg utk kegunaan harian..sama sungguh.. he he he..kalau dah minat tu kan
ReplyDeleteah ah..MA pun ada terbaca tupperware dah bankrup..x sure la betul ke fake
saya pun dah insaf beli tupperware..guna yang mana ada je tak tambah baru dah
ReplyDeletei suka tupperware cuma kat dlm kitchen kabinet tu tak de space dah...so pakai mana yg ada jer lahhhh
ReplyDeletetapi tu lah...tupperware pun dah umum muflis kan? linda mana yang tutup dah kena gigit ngan cikTi tu, ngan badan2 dia sekali linda buang...sekarang proses mengemas rumah untuk berpindah...lagi lah pening...bab2 kain baju lah..nk bawak semua, banyak tak pakai pun..nak buang sayang..nak bagi orang, mcm tak tau nak kasi kat siapa..bju kita pun biasa2 je
ReplyDeletebanyak tu koleksi KM. Dulu masa anak-anak masa tadika ada belikan tumbler tupperware. Lepastu diorang tinggalkan dalam kelas dah tak dapat balik. Dari nak runsing2 dok risau hilang lagi, belikan je yang biasa. Kalau hilang pun tak terkilan 😅
ReplyDelete