Menghitung Hari ke 2025

Ini adik bongsu saya. Beza si sulung dan si bongsu ni 18 tahun, macam Ibu dan anak pun ya kan bagi yang kahwin habis SPM tu. Alkisahnya adik bongsu saya ni lahir masa saya di matrix. Tiba-tiba bila hujung semester nak balik cuti mak call bagitau balik Kuching nanti beli baju baby girl, saya tanya baju untuk sapa, dia cakap baju untuk adik. Saya masa tu memang terkejut beruk la, beruk pun tak terkejut macam saya. Hahaha. Iya la zaman sebelum tahun 2000 tiket flight mahal, memang jarang balik Sarawak. Sebab tu la tak tau cerita mak pregnant. Hihi. 
 
Sebenarnya kami takde plan pun nak keluar Ahad tu, nak general cleaning kat rumah, cita-citanya. Tapi si bongsu ni mintak temankan dia beli Ipad, sementara masih harga promosi. Makanya keluarlah kami selepas Zohor.

Lepas acara shopping Ipad, semestinya acara makan-makan pulak. Kalau makan di foodcourt, menu favourite saya mestilah Kueytiaw Kantonis. Sedapnya hirup panas-panas gu lagi dengan cili potong. Tapi sayangnya saya terlupa ambik cili potong hari tu, nak pergi ambik lagi macam malas je nak berjalan.

Kueytiaw kantonis seafood
 

Menu selingan beli di 1901, setelah sekian lama menghilangkan diri, kini 1901 muncul lagi di Plaza Merdeka foodcourt. 

 

Budak 3 orang ni makan nasik & ayam Sugar Bun je. Tetiba ada Aydin kan? Tetiba dia lalu di foodcourt. Tetiba dia lepak dengan kami. Mak, kakak dan abangnya tengah shopping di Parkson. Aydin dan ayahnya ke toilet dan bila terjumpa kami, terus takmo dah ikut orang lain shopping di Parkson.

 Iman pulak paw Usunya bento di kedai makanan Jepun. Budak 2 orang ni pasal makan no 1, bff gitu. Lepas tu diorang gaduh balik. Haha. Iman ambik gambar Ibu dan Usu tapi diri sendiri takmo masuk dalam gambar.

Lepas tu Usu belanja Iman di kedai stationary pulak. Sekali Ibu pun dapat sekali. Yeay! Dah ada planner untuk 2025. Thank you Usu belikan untuk Kak Ira jugak. Anak dapat, mak dia pun dapat.

Dah mula menconteng dah. Semangat nak melangkah ke tahun baharu dan sesi baharu katakan.

 

15 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Jangan lupa nanti catat setiap hari planner 2025 tu

    ReplyDelete
  2. kmk belum ada feel lagik untuk melangkah tahun 2025...kedak macam biasa jak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kmk semangat sbb semua keja sesi tok dh selesai.. hehehe

      Delete
  3. Pandainya yr mum menyimpan rahsia. Mmg suprise betul tu tetiba dpt adik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya lah, main calling² je kan time tu, balik pun jarang

      Delete
  4. Sy dgn Abg sulong beza 21 tahun 😁
    Lepas shopping macam wajib kan makan² hehe...
    Sy belum ada planner 2025, tapi kalendar kuda dah ada. Itu wajib hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow... lg jauh beza tu.. sama dgn MZ pun jauh jugak bezanya dgn kakak sulung.. br baca jugak di entri dia

      Delete
  5. Akk dah tak tulis dalam planner.. tulis terus dalam table kalendar 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. planner senang bawak masuk dalam kelas, spy x lupa apa nk buat/ajar dlm kelas.. senang lg tgk tulisan sendiri walaupun dlm sistem semua dh ada lesson plan

      Delete
  6. Sugar Bun...last makan masa office ammi di KL town. Itu pun sebab my Sarawakian friend yang beriya ajak katanya owner dia org Sarawak. Not bad

    ReplyDelete
    Replies
    1. sugar bun mmg asal sarawak, menunya mmg sedap tp agak pricey jugak la.. hehe

      Delete
  7. 18 tahun? Alhamdulillah rezeki dapat adik .. :) :) :)

    ReplyDelete
  8. awal dah tulis dalam planner...linda takde apa sgt nak diplan...hahhaa...do with the flow je...

    ReplyDelete
  9. Lepas shopping mesti lah kena makan kan...seronok la jenjalan ngan Usu...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form