Jalan-Jalan Pasar Serikin

Pasar Serikin memang agak terkenal bagi orang Semenanjung yang berkunjung ke Kuching. Macam tempat wajib pergi jugaklah kalau orang-orang HQ jika ada urusan rasmi kat sini. Weekendnya pasti terselit jadual ke Serikin. Tapi tu dulu la zaman sebelum Covid. Bila pasca PKP, banyak urusan dah boleh online, memang agak jarang jugaklah member-member dan orang-orang HQ ke sini. Saya pulak dah 10 tahun rasanya tak jejak kaki di Serikin.

Serikin ni sebenarnya nama kampung yang terletak di sempadan Sarawak & Indonesia. Ianya terletak di Pekan Bau, 1 jam dari bandaraya Kuching. Dari pekan Bau ke Pasar Serikin pulak ambik masa dalam 30 minit. Kalau nak ke sini baik pergi awal pagi supaya tak jem, tak panas. Susah jugak nak dapat parking kat situ walaupun parkingnya berbayar RM2. Dan jangan lupa bawak payung jugak, sebab pasarnya open. Kalau hari panas, berpanas la. Kalau hukan, berhujan la jawabnya.

Masuk area parking kena bayar dulu RM2, pastu pandai-pandailah cari parking kosong. 9.30 pagi parking dah penuh, jam berapalah diorang ni bergerak ke Serikin ni. 

Tujuan ke Serikin ni takdelah nak shopping sakan cuma lama tak jalan-jalan ke sini dan nak beli sambal yang ready-to-eat tu je. Tapi jeling-jeling, cantik jugak baju batik lelaki di situ. Harga dalam range RM28 hingga ke RM75. Yang RM75 tu design pua kumbu. 

Yang macam ni RM28, beli lebih sepasang boleh tawar biasanya.

Eh, eh, ada tangkapan dah ke?

Selain baju batik, kat sini pun ada jual baju-baju tradisional kaum di Sarawak. Aksesori pun ada. Pastinya harga di sini lebih murah berbanding harga yang dijual di kedai-kedai souvenir di area Kuching Waterfront sana.

Jalan-jalan lagi, adui banyaknya set perabot rotan. 1 set ni RM1800 harganya. Yang tu je sempat jeling-jeling harga.

Ahaaa.. ini dia sambal-ready-to-eat dan perencah-perencah masakan yang lain. Kiranya macam brand Adabi kita lah kalau kat sini. Brand Fina Food ni macam-macam ada, perencah nasi goreng, sayur tumi, perencah sup. Memang macam produk Adabi. Pop ice pun mcam-macam flavor tapi saya memang dari dulu tak pernah rasa air pop ice.

Eh, dia beli apa tu? Iman nak beli kipas. Hmm.. ada je kat rumah souvenir orang kawen tak pulak dia nak pakai.

Sampai jugak kami ke penghujung. Di belah hujumg pasar ni macam ramai orang jual sayur-sayuran dan buah-buahan. Durian, petai, dabei, rambutan, ubi, buah salak, langsat, semua ada tapi yang dari Indon la. 1 jam nak sampai ke hujung pasar, 1 jam lagi nak balik ke pangkal jalan (parking). Tapi kedai-kedai makan pun ada la kalau sesapa nak makan bakso ori. Kami bergerak ke Pekan Bau dalam 11 setengah pagi macam tu, cari nasi campur kat sana je. Hihihi.

 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Mim set perabot rotan tu menawan hati kak ana sangat Mim, kira murah kalau dapat satu set pada RM1800 tu adoi jauh laa pulak hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mcm tu kak ana kena la ke serikin, tp kena pos guna kapal murah sikit

      Delete
  2. waaa menarik la pilihan brg2 tu...baju batik tu nice!!!

    ReplyDelete
  3. Akak pernah beli kain pasang kat sini..tikar siap lipat dan bungkus nak masuk flight nanti senang...ada gak beli buah2...

    ReplyDelete
  4. Rindu nak beli petai kopek kat situ.

    ReplyDelete
  5. I love pasar begini walaupun hanya cuci mata sahaja.
    Picture last tu saya nampak hijau.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form