Irfan & Chess

Irfan 'rest' bercatur sejak bulan 9 yang lalu. Ini bermakna 3 bulan dah dia tak ke akademi untuk training. Bulan 9 arwah nek aki dah selalu tak sihat, bulan 10 busy kenduri tahlil dan bulan 11 alang-alang nak fokus UASA. Bulan 12 ni baru hantar dia ke akademi lagi. Dan terus je join tournament! Hahaha. Seram jugak mak dia ni, 3 bulan gais, rest. Hahaha.

Actually tournament macam ni memang tiap bulan pun ada, untuk tengok prestasi player. 

Biasanya kalau tournament memang sehari suntuk di akademi, makanan disediakan, dah bayar RM10 tapi tournament takde fee pun untuk student akademi. Dah included dalam fee bulanan. Untuk akademi Dahshot ni, kalau beginner RM50 fee bulanan, intermediate RM100, kelas selama 2 jam, sekali seminggu. Coach pulak terdiri daripada pelbagai bangsa, dan semua coach ialah profesional player state/national level. Salah seorang coach Melayu, Coach Hadi pulak qari Sarawak. Dia jugak yang ajar taranum di sekolah untuk yang bertanding peringkat bahagian, dia jugak la chess coach bahagian Kuching. Alhamdulillah bangga bila ada orang kita yang handal sukan catur ni. Ye la sukan ni selalunya dimonopomi type-C, top student akademi Dahshot ni pun masih type-C tapi ada juak type-M yang makin setanding mereka.

Dan atlet SUKMA Sarawak pun member akademi ni. First game Abang dah lawan atlet SUKMA lelaki, game ke-4 lawan atlet SUKMA perempuan. Masak laa. Confirm la Abang tak menang. Hahaha.

Firat game, live secara online, lawan wakil SUKMA Sarawak. Ibu tak faham pun main chess ni. 


Overall ranking, ok la takdelah ke laut dalam sangat, 14/43. Well done, Abang.

U12 boys ranking, 5/30. Semoga di sekolah menengah nanti pun Abang dapat wakil sekolah ke peringkat bahagian.

 



8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Kak SA kagum dengan anak- anak yang minat Chess ni...bukan senang kan nak main chess..kena banyak fikir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun x reti kak.. chess ni strategy game mmg kena byk fikir dan kena cepat ambik tindakan

      Delete
  2. Anak2 yang main catur ni otak dia sentiasa aktif berfikir. Tahniah.....moga berjaya dalam catur ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak, mcm x percaya jugak dia minat main chess ni, bermula dgn online chess je, semoga minat sampai SM nnt

      Delete
  3. woww terbaek laa. keep it up dear irfan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you auntie MZ.. masih jugak belajar ni

      Delete
  4. Hebat Irfan pandai main catur. Saya main saja bolehlah.. Kalau bermain dengan strategi, tak pandai pasal tak belajar. Baguslah masuk akademi, boleh jadi pemain profesional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermula dgn kelab catur di sekolah sbnrnya, kalau beginner coach dtg ke sekolah, bila dah intermediate kena dtg ke akademi, boleh la lawan dgn org bkn dr circle sekolah

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form