Dapat Coklat Dari Boss

Cuti sekolah, Ibu cuti tapi Ayah tak dapat cuti.
Nasib baik hari ni cuti.
Cuma tak best bila cuti di tengah-tengah minggu macam ni.
Hari ni cuti tapi esok dah kerja balik so tak ke manalah kita.

Semalam Encik Suami balik kerja bawak coklat. 
Bos bagi kat semua senior katanya.

Lawa balang kaca ni. Siap ada deco krismas lagi. Nak je rembat bawak kat ofis untuk letak gula-gula wakaf tapi nak kena fikir balik. Balang sebelum ni cleaner dah terpecah masa temgah kemas meja. Terus takde mood dah. 

Bila buka balang, eh siap ada nama lagi dalam coklat. Rezeki hujung tahun. Berbunga jugak hati bila ada bos yang menghargai orang-orang kanan dia kan?

 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Kalau dulu kan..management mesti akan bagi year end gift..sejak dah cut cost ni kan...dah bertahun kami tak dapat pape...huhu...

    ReplyDelete
  2. bestnya dpt hadiah coklat :) cute sgt jar tu

    ReplyDelete
  3. Ting! Dapat idea la utk raya gift nanti hehe ... Berkenan dekat reben dia tu; ada signature deco Xmas, which reflect the celebration itself 👍🏻
    Betul, terharu & happy kan bila boss appreciate staff camni. It's the thought that counts.

    ReplyDelete
  4. Coklat, simple tapi boleh buat hati wanita senang.

    ReplyDelete
  5. bagusnya boss.... menghargai staff.. balang nya,,,cantikks

    ReplyDelete
  6. coklat kisses best...nk plak bos yg bg kan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form