Sebelum pergi ke Viva untuk tengok Dongeng Sang Kancil, kami brunch dulu di Laila Inn Cafe. Kedai ni pun antara kedai-kedai yang signaturenya mee kolok dan mee sapi yamg menjadi sebutan orang di Kuching. Satu lagi mee kolok di Kedai Kak Bedah, tapi kedai ni memang bukan taste famili kami. Sekali je pergi terus tak pergi-pergi lagi dah.
Sebenarnya mee kolok ni ikut taste orang jugak. Ada yang suka jenis putih, ada yang suka hitam. Selalunya yang hitam agak manis, semestinya bukan taste kami. Famili kami memang agak select sikit kalau berkaitan mee kolok. Sebab tu lah nak makan mee kolok kami mesti makan mee kolok Haji Salleh di Sepinang Sari je.
Tapi kali ni terasa nak makan mee kolok di Laila Inn Cafe je. Kami pergi dah jam 11 pagi so yang tinggal mee kolok daging je. Yang special lain, tulang ke tendon ke semua dah habis. Mee pok pun habis. Now saya tau dah kenapa di sini menjadi benchmarking orang jugak kalau nak makan mee kolok, sebab supnya sedap! Kalau Sepinang Sari pun supnya sedap, rare, kuat rasa rempah. Sini pulak ada signature taste diorang sendiri.
Alan cakap dia tak pernah makan kat sini. Lupa pulak rasanya betul kot. Memang jarang kami ke sini.
Semua order sorang satu, sebab memang masa untuk makan tengah hari dah.
Selesai makan, semua puas hati. Lepas tu yang lelaki solat Jumaat dulu sebelum ke Viva. Ibu dan Iman tunggu dalam kereta je lah.
Sedapnya mi kolok tu. Bestnya ada macam² pilihan kalau kat JB ni ada ayam & daging aje.
ReplyDeletemee kolok tu nampak sedap! sekilas pandang nmpk mcm megi mee
ReplyDeletemi kolok? okay tak pernah jumpa dan tak pernah rasa
ReplyDeletelady x pernah makan mee kolok ni
ReplyDeleteHarus cuba ni, belum pernah makan lagi so far. Namun, daktiga memang suka dgn mi atau pasta, pasti dorang suka juga.
ReplyDelete