Brunch di Tandang Sari

Sebenarnya kami ke Sri Aman kerana si Alan ni la, asyik nak makan Roti Arab Tandang Sari. Pernah jugak makan roti arab di Kuching tapi dia cakap tak sesedap yagn di Tandang Sari. Hmm.. layan je la. Anak bongsu ni memang high demand sikit, abang-abangnya pun tau dah.

Yang bestnya Tandang Sari ni lauknya memang pelbagai, semua ada, semua macam nak makan. Hahaha. Memang heaven jenjalan tempat orang macam ni, aim nak makan je. Tak ingat dah kolestrol baik kolestrol jahat semua. Ya Allah ampuni gue ya Allah.

Roti arab idaman Alan. Saya tak rasa pun roti arab ni. 

Muka puas hati.

Awan dan Iman makan nasi campur, Awan dengan kari ikan parinya, Iman dengan ikan steamnya, sayur 2 jenis pulak tu. Abang pulak roti arab sama dengan Alan. Saya pulak masih kenyang breakfast di hotel tapi tak dapat tahan tengok umbut kelapa masak lemak dan dabei. Makanlah sikit. Lepas tu tengok bergedil pulak, montok macam ala-ala di KL, rembat jugaklah 1, ikan keli sambal besar sangat tak berani nak ambik takut tak habis, bye bye je lah ikan keli. Hihi.

Ayah pulak kacau-kacau je sikit-sikit menu orang lain sebab takmo kenyang sangat sebab nak drive balik. Alhamdulillah tercapai hasrat Alan nak makan roti arab di Tandang Sari, Sri Aman.





 

2 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form