Sweet 15th My Sweet Iman!

30 Oktober 2024, genap 15 tahun seorang Kakmim bergelar seorang Ibu. Terima kasih Iman yang menjadikan ibu seorang Ibu!! So sempena ulang tahun Ibu dibelah perut buat kali pertamanya, Ibu mohon cuti rehat, alang-alang nak menguruskan urusan Baiti Al-IMAN.

Walaupun cuti, tapi tak celebrate pun birthday Iman. Balik sekolah, macam-macam pulak dibawaknya, BFF dia bagi. Alhamdulillah, happy jer dia. Masuk-masuk kereta tengoklah excited semacam show-off hadiah dari BFFnya seramai 3 orang tu.

Masuk kereta tak sempat bagi salam terus cerita itu-ini apa dia dapat. Happy sweet 15th birthday my Iman Madihah!!!

Memang sengaja nak rakam video dari dalam kereta, mesti dia ada bawak balik hadiah, betul jugak. Tersengeh-sengeh bawak 'rabbit' dia. Plan nak keluar hi-tea tapi hari hujan pulak, jadi malas pulak nak keluar. So Ibu masak je la malam tu, takde special celebration. Bukan apa, sebulan ni sejak pemergiaan arwah Nek Aki memang makan macam-macam dah, tak tau dah nak makan apa dah. Cuma lamaaaa tak makan makan homemade dari air tangan sendiri, itu je yang teringin.

Ini kisah hari Ahad yang lepas, celebrate birthday Ayah tapi tanpa kek. Makan kek pun muak. Ahaha. Kali ni brunch di Ling's Signature sebab Iman nak makan chicken chop.

Chicken chop Ayah dan Iman.

Ibu makan nasi goreng ayam je.


Nasi lemak sambal sotong Abang.

Spagetti carbonara Imran dan Idlan.

Crispy fried chicken Alan.

Sagu gulapong.

Yang ni appetizer, share-share je.

Watermelon jus & longan ice. Air rasmi lain tak lain dan tak bukan mestilah ice lemon tea. takde dalam gambar.

Esok nak check-in nak tengok regatta kononnya. Bulan 9 ari tu lagi dah booking hotel Riverside sebab nak book river view. Plannya nak bawak arwah nek aki sekali sebab dia memang suka tengok regatta (lumba perahu bot panjang). Tapi kita hanya merancang, Allah menentukan, Allah dah panggil dia dulu. Kalau dia masih ada, confirm dia yang lebih tau apa event yang berlaku di sekitar Kuching, kadang kami pun terpelas pandang event di Kuching ni. Al-fatihah buat arwah nek Aki.






 

Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form