Resepi Choc Chip Cookies Ala Famos Amos, Confirm Jadi & Sedap

Mengukis lagi ya kawan-kawan. Ahahaha. Jarang-jarang berlaku ni. 2 minggu ni dah tetiba muncul mood membaking. Actually bahan untuk buat marble cake pun dah ada dah tapi Encik Suami bagitau colleague dia nak repeat cookies yang minggu lepas. Aduyai. Kesian pulak dengar.

Alkisahnya minggu lepas Encik Suami bawak la sebotol cookies air tangan hero-hero Ayah Ibu tu ke hospital. Tak sangka pulak Encik Suami rembat untuk bawak kerja, no wonder saya cari balik sebotol cookies tak ada. Balik kerja petang tu dia cakap Dennis nak cookies tu lagi. Dia tak puas makan katanya. Ya ampun. Jadi kudapan di ofis rupanya cookies tu. Hari Isnin hari tu Dennis tanya lagi, ada tak cookies? Adoi, ingatkan dia gurau je, rupanya betul-betul dia nak. Makanya semalam beli jugak la bahan-bahan untuk buat cookies, just beli butter dan chocolate chip, bahan lain dah ada dah kat rumah. Balik je kerja terus je gaul-gaul adunan doh dan masuk dalam peti sejuk. Lepas maghrib mulalah proses mengoven pulak.

Tadaaa... buat version macam orang jual-jual pulak, bukan bite-size macam minggu lepas.

Sebab memang tak suka letak kacang kan. Kalau beli brand FA pun memang pilih yang takde kacang.


Jadilah tupperware biru tu untuk stok di rumah, 2 botol bawak ke ofis Encik Suami. Setel dah hutang dengan Dennis. Hahaha. Semoga dia puas hati. Tak jual pun, buat untuk diorang ratah-ratah sambil  buat kes patient. Selalunya hari Khamis kes banyak. Semoga dipermudah urusan kita semua hari ni. Aamin.

Saya share resepi yang saya guna untuk choc chip cookies ni ya. Memang sedap, tapi saya ada modified sikit la, saya letak cocoa powder sikit. Hihi. Lain-lain tu semua ikut resepi.


Resepi Biskut Choc Chip Ala Famous Amos

1. Bahan A: Kacau Rata

Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.

  • 250 gram marjerin (saya guna Farmcow)
  • 1 1/4 cawan brown sugar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur

Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

2. Tambahkan Bahan B

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak
  • *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat. (Saya guna 300g)

3. Sejukkan Adunan

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

4. Sedia Dibakar


Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

5. Masukkan Dalam Oven

Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

Siap!

Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni saya saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah.


Bila dah masak, beginilah hasilnya. Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.









 

2 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form