Pembayaran Meter Air & Elektrik Rumah Baharu

Alahai naik pulak nama owner rumah yang belum buat pembayaran untuk pemasangan meter air di rumah SA3. So minggu lepas 30/10 ambiklah cuti sehari nak uruskan meter air dan letrik rumah SA3, Baiti Al-IMAN. Mula-mula setelkan meter air dulu di Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB). Luar bandar ya, tapi kawasan masih lagi dalam bandar. Air kat sini ada sempadan tertentu, ada yang di bawah Lembaga Air Kuching (KWB) ada yang di bawah JBALB. Taman kami dan taman mak bapak tak jauh pun tapi rumah mak under KWB. Sebab tu bila ada masalah air di area kami, boleh je menumpang mandi di rumah mak. 

Sekejap saja urusannya, kaunter takde orang, pembayaran pun buat guna e-wallet Sarawak Pay, RM204. So kena top up awal duit dalam SPay. Kaunter sini memang dah declare awal di kaunter tak terima cash, semua kena guna SPay. Jam 9 pagi dah setel dah. Alhamdulillah.

Ingatkan nak uruskan terus pembayaran meter elektrik, tapi rupanya dokumen tak complete lagi. Kena setelkan dokumen dulu baru dapat pergi UTC untuk pembayaran elektrik.

Apa yang tak complete? Tengok checklist, rupanya S&P masih lagi di ofis lawyer, terpaksa ambik dulu di ofis lawyer baru dapat buat pembayaran. S& P di rumah rupanya S&P rumah sekarang, bukan rumah SA3. Apo la. Kalau complete, boleh terus setel sehari 30/10. Baru bermakna rasanya apply cuti.

Bila belum setel, terpaksa uruskan lagi pada 1/11. Lepas solat Jumaat mohon keluar pejabat untuk ke UTC. Boleh je bayar di ofis Sarawak Energy (SEB) sendiri tapi lebih mudah rasanya pergi ke UTC.

Berapa nak kena bayar? Untuk rumah SSD, RM550 plus duti setem RM10 so total untuk pemasangan meter elektrik RM560.

Di UTC ni pun sama, tak terima cash. Awal dah staf di kaunter bagi nombor bagitau semua pembayaran guna kad. Tak kisah la debit card ke credit ke atau e-wallet. Beg merah tu memang staff HSL dah bagitau awal, bawak je fail dalam beg tu bila nak buat pembayaran meter elektrik. So sampai di kaunter SEB, staf situ pun dah tau dah, kitak nak bayar meter rumah SA3 kah? Aok, jawab saya. "tengok bag pun dah tau," sambungnya lagi. Hihi.


Antara dokumen dan benda penting yang perlu dibawa semasa pembayaran.

Yang bestnya semua urusan dibuat secara digital, tak perlu pen dan kertas pun, paperless. Sign dokumen pun staf kaunter send pdf file ke email, dan kita sign digital. Nasiblah saya memang dah save siap-siap digital sign di drive. Dah siap sign digital, kita akan dapat 1 lagi copy yang complete di email. Setel. 3.30 petang semua selesai.

Alhamdulillah, meter air dah, meter elektrik pun sudah. Next?





 

1 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form