Kau Pergi Jua

Setelah 43 tahun dipinjamkan susuk tubuh seorang figura yang bergelar atuk, atau kami adik beradik panggil Nek Aki untuk bermanja, bercerita, bergaduh dan bergurau-senda, akhirnya dia pergi jua dipanggil pulang ke negeri abadi. Mohon yang membaca post ini untuk sedekahkan Al-Fatihah khususan untuk Nek Aki saya, Hj Abg Salleh bin Abg Zen yang telah kembali kerahmatullah pada 1 Oktober bersaman 28 Rabiul Awal 1446H pada jam 11.45 malam di Hospital Umum Sarawak. Aamin.

Kadang-kadang saya terfikir, salahkah tindakan saya membawa nek aki ke hospital pada 30 September 2024 yang lalu? Rupanya dia pergi ke hospital pada hari tu tak kembali semula ke rumah.

Kronologi pemergian nek aki kerahmatullah:

Sabtu (28/9/2024)
Nek Aki demam. Sejak 2 bulan ni dia memang selalu demam on-off, selera makan semakin kurang.

Ahad (29/9/2024)
Kami semua melawat Nek Aki, masa ni dia dah lemah tapi masih boleh bercakap, mintak dibelikan pisang goreng.

Isnin (30/9/2024)
Panggil doktor ke rumah sebab kondisi Nek Aki makin lemah. Doktor refer ke hospital untuk drip air sebab dia taknak makan minum. Petangnya terus naik ambulan ke wad kecemasan.

Selasa (1/10/2024)
Kondisi Nek Aki semakin tak memberansangkan. Encik Suami call suruh saya mohon cuti supaya stand by in case apa-apa terjadi di hospital. Masa tu saya tetap ke kolej sebab ada kelas, tapi jam 9 pagi balik dan terus ke hospital selepas mohon cuti rehat.

Sampai di hospital, doktor tanya ada lagi sesiapa yang nak ditunggu ke? Doktor suruh panggil ahli keluarga yang lain ke hospital. Kalau doktor dah bagitau macam tu, faham-faham je lah. Oksigen Nek Aki pun semakin drop. Daripada ada mesin oksigen diorang bukak sebab takmo kami tengok oksigen yang semakin menurun nombornya. Wad kecemasan pun semakin ramai dengan ahli keluarga kami, nurse tak dapat nak marah sebab doktor dah bagi kebenaran untuk ahli keluarga melawat dan bacakan yassin.

Tengah hari, cucu Nek Aki (cousin, anak Usu) yang belajar di KL sampai, dia naik flight pagi dari KL. Ibunya pula (anak bongsu Nek Aki dan adik bongsu mak) yang stay di Tawau sampai selepas maghrib, sekali dengan adik-adik saya (dari KL dan Kapit). Mereka bertiga landed pada masa yang lebih kurang sama, flight dari KL, KK dan Sibu. Naik grab terus ke hospital.

8 malam, decide nak bawa Nek Aki balik ke rumah, dah booking private ambulan, tapi discuss lagi dengan doktor, doktor tak galakkan balik. Baiklah, kami tunggu suami Usu yang akan sampai dari KK pada jam 11 malam. So tak jadi balik ke rumah, ahli keluarga dah ramai balik sebab nak prepare rumah ingat nak bawak balik.

11 malam, suami Usu (menantu Nek Aki) dan 2 anak perempuannya sampai, landed di Kuching terus naik grab ke hospital. Nek Aki ada respon sikit masa menantu bongsunya sampai. Nampak air matanya berlinangan, dia menangis! Kami bacakan yassin, tetiba matanya terbuka, saya ingatkan dia sedar, tetapi tiba-tiba shaking, saya panggil nurse. Nurse pula rupanya kawan saya. Dia cakap, "dia nazak, hantarkan kalimah di telinga". Allahu! Kami asyik perhatikan mesin di sebelah yang semakin menurun nombornya. Menantu lelaki dan cucu lelaki bergilir-gilir menghantar kalimah dan akhirnya Nek Aki pergi meninggalkan kami. Innalillahi wainna lillahi rojiun.


Staf nurse pun menguruskan jenazah Nek Aki di Grief Room sebelum dibawa ke rumah mayat. Semuanya dipermudah, dalam jam 1.30 pagi macam tu staf di Rumah Mayat HUS sampai dan mengambil jenazah Nek Aki. Prosedurnya kalau ada van jenazah boleh terus release dan dibawa ke rumah. Kalau tak ada, simpan dalam 'peti' dulu sebelum van jenazah sampai. Kami decide untuk menguruskan jenazah di masjid di kampung dan van jenazah masjid juga yang akan mengambil jenazah Nek Aki pada pagi tu juga.

Lebih kurang 2.00 pagi, jenazah meninggalkan HUS terus ke masjid di kampung kami untuk dimandikan, dikafan dan disolatkan. Alhamdulillah, jam 3 pagi selesai dimandikan dan terus disolatkan anak menantu dan cucu-cucu yang sama menguruskan jenazah. 3.30 pagi kami ank cucu perempuan meninggalkan masjid dan kembali ke rumah. Yang lelaki pula stay di masjid sebab selapas solat subuh, jemaah masjid akan sekali lagi solat jenazah untuk Nek Aki.

Seawal subuh, ahli keluarga mula menziarahi jenazah Nek Aki. Yang duduk di kerusi, adik beradik Nek Aki.

Solat jenazah kali ke-3 sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam di Samariang. Cuaca pagi tu hujan, hujan yang lebat sekali seperti menangisi pemergian Nek Aki. Kami terpaksa tunggu seorang lagi cousin kami dari KL sampai jam 9 pagi. Plannya dikebumikan pada jam 10 pagi tapi delay kerana masih ramai ahli keluarga dan kenalan yang menzirahi jenazah di masjid.


Langkah-langkah terakhir. Kesian Nek Wan tak dapat tengok jenazah Nek Aki sebab Nek Wan juga tidak berapa sihat dan tidak dibawa ke masjid.

Adik-beradik Nek Aki, ada juga yang tak ke kubur sebab tak sihat. Adik bongsu Nek Aki sendiri yang membacakan talkin, khidmat terakhir untuk abangnya. Jenazah telah selamat dikebumikan pada 2 Oktober 2024 bersamaan 28 Rabiul Awal 1446H.

Al-fatihah buat kesayangan kami.

Birthday yang ditunggu-tunggu Nek Aki, birthdaynya yang ke-90 pada 30 Julai 2024, Alan pula 2 Ogos. Gambar terakhir Alan dan Tok Aki (moyang).

Solat Aidil Adha terakhir. Ya Allah, nekkkk... rindu kitak nek.

 

9 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Moga ditempatkan di kalangan mereka yg beriman dan beramal soleh. Turut bersedih.....sayu je tengok muka nek yang last tu....

    ReplyDelete
  2. Inna lillah wa inna ilayhi rojiun
    Moga Allah mengampuni dan merahmati rohnya.

    Baca entri Mim tergambar betapa sayangnya semua ahli keluarga pada Nek Aki.
    Takziah buat Mim dan keluarga.

    Baru tau juga ada Grief Room.

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainnailaihirojiun...salam takziah Mim

    ReplyDelete
  4. salam takziah...alfatihah utk arwah Nek Aki

    ReplyDelete
  5. Salam takziah buat Kakmim sekeluarga. Didoakan agar arwah Nek Aki ditempatkan di kalangan para solihin aamin 🤲
    Nampak mudah segala urusan akhir arwah... Anak cucu menantu semua sempat berkumpul, syukur

    ReplyDelete
  6. salam takziah buat Mim sekeluarga

    ReplyDelete
  7. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ

    Salam takziah Kakmim. Bersyukur nya pergi 'dihantar' oleh semua anak-anak di keliling.

    Semoga roh arwah Nek Aki kitak ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman, Ameen YRA 🤲🏻

    ReplyDelete
  8. Salam takziah kak Mim... Semoga arwah nek aki ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Aamin2

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form