Birthday Encik Suami

22 Oktober 2024, birthday Encik Suami kite yang ke-48. Iya, saya dan dia beza 5 tahun. Hihi. Saya baru darjah 1, dia pulak darjah 6, di sekolah rendah yang sama. Tapi memang tak lah pernah jumpa masa zaman kanak-kanak.

Kebiasaannya kalau masa birthday kami ambik cuti rehat, bekfes sama selalunya, husband-wife bonding time kan. Entah kenapa semalam saya memang lupa, tak ingat langsung pun semalam 22hb. Itulah bila banyak kerja tertangguh memang fikirkan nak habiskan kerja je. No wonder jugak Encik Suami tanya pada hari Isnin, cuti tak esok hari (Selasa). Saya terus cakap tak. Adui, rasa bersalah betul. Lepas tu baru saya teringat, ye tak ye jugak, birthday dia. 

So semalam baru saya order surprise delivery. Masuk je ofis terus order, nasib baiklah boleh buat delivery sebelah petang. Setel 1 perkara, taklah rasa bersalah sangat.

Happy birthday, kitak. Macam biasa, member-member di ofis Encik Suami memang sporting. Diorang pulak buat plot drama. Ini kali ke-2 buat surprise delivery kat Encik Suami. Dulu pernah jugak buat surprise delivery untuk anniversary masa dia di IKN. Masa tu tahun pertama PJJ. Pun drama jugak. Lebih daripada semalam. Hahaha.


Last minute order, hihi. Alhamdulillah berjalan lancar. Nasib baiklah saya save nombor peserta kursus kami yang buat bisnes surprise delivery ni. Senang cerita.

Seller tanya nak kad tak? Boleh la, terus je Google "birthday wish for husband". Apa susah kan? 

 

2 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Nasib baik sempat ingat 😂😂.
    Tersenyum lebar suami, si isteri buat suprise. Moga kasih syg uollz berdua berpanjangan hingga ke Syurga. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Selamat ulang tahun untuk suami Mbak tercinta.
    Semoga panjang usia, berkah dan selalu dalam lindungan Allah SWT.

    Salam,

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form