Port Makan Masak Lemak Cili Api Nyaman di Kuching

Kisah di hari Sabtu, sekarang memang jarang makan tengah hari di rumah bila Abang tusyen. Dia ada rehat 1 jam tengah hari untuk makan dan solat, lepas tu sambung lagi subjek lain. So antara waktu rehat tu bawak dia makan di kedai makan berhampiran.

Ada 2 kedai makan je kami selalu pergi. Bukan tak banyak pilihan tapi kat banyak-banyak kedai tu pilihannya sama je. So hari tu Encik Suami tanya kat adik ambik order air, apa lagi menu best yang boleh dicuba. Sebab kami kalau ke situ makan menu sama je. So adik tu suggest stall masak lemak daging salai. Wow menarik jugak tu. So kami orderlah 1. Saya kenyang lagi dan tengah kurangkan portion karbohidrat kan, so tak order apa-apa.

Ternyata sedap masak lemak cili apinya. Ada telur masin dan sambal cili jugak. Memang feel melaya lah.

Saya rasa sesudu 2 je, jadilah. Selebihnya yang tukang orderlah habiskan.

Abang pulak order banana cheese. Saya mampu tengok je. Sekarang ni memang kurang sikit rasa nak makan macam-macam. Ok jugak la.

Selain menu-menu ni ada banyak lagi menu best dari seller yang well-known di Kuching ni. Semuanya di Morniah Cafe di Samariang Square (shoplot berdepan Tanah Perkuburan Islam Samariang).

 

2 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Terliur tengok MLCA dia. Sekarang ni, nak makan masakan tradisi sesuatu negeri dah senang, banyak restoran sedia memasaknya untuk pelanggan.

    ReplyDelete
  2. Kalau nak makan pisang goreng lebih suka yang tidak diletakkan apa2 seperti cheese ke coklat ke....nak makan begitu sahaja dengan sambal kicap.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form