Pertama Kali Masak Kari Guna Pes Kari Ayam Brand

43 tahun dah umur seketul Kakmim ni, barulah pertama kali masak kari ayam guna pes. Kebetulan dapat sampel pes kari dari Ayam Brand ni masa redeem free gift di Mydin. Selalunya kalau grocery shopping di area serbuk kari, rempah dan sebagainya tu memang saya geram je nak grab macam-macam pes yang ada di rak kiri dan kanan. Kari nyonya lah, masak merah lah, kurma lah, nasi ayam lah, tapi masih sabar. Rendang je la saya yakin masak guna pes tapi depends dengan jenama jugak. Lain-lain masakan memang tak pernah. Masak sendiri je lah dari potong bawang, blend, tumis dan tadaa, siap boleh makan.

Cara masak guna pes ni, memang senang, lebih kurang jugak macam masak kari biasa cuma kita tak perlu la nak prepare bahan tumisan sebab memang semua dah disatukan dalam pes ni. Memang memudahkan ibu-ibu berkerjaya sebenarnya ni.

Kalau korang nak tau, memang dah lamaaaaaaaaaaa sangat saya mengidam nak masak kari guna pes. Ibarat bila dapat sampel ni, pucuk mencita uam mendatang, orang mengantuk disorongkan bantal. Ha, begitulah.


Tada... dah siap, boleh makan. Menu last week sebelum tragedi malam Rabu. Hihi. Saya memang lebihkan terung dalam kari sebab nak makan kari terung untuk kuah nasi ditemani ayam goreng, add on sambal belacan Siam. Jadi la ala nasi kak wok kan? Tapi kari ni kureng sikit la rasanya. Lagi puas hati kalau masak kari sendiri from the scratch. Lepas ni takde dah teringin nak masak guna pes. Mungkin saya buat terlalu pekat ke, tak tau lah, tapi saya memang tak pernah guna serbuk kari Ayam Brand, sebab tu rasa lain sikit kot. 

Yang penting, dah tak mengidam masak kari guna pes dah. Boleh move on. Sekian.



 

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. x pernah try lagi..selalunya MA guna serbuk karai Babas atau adabi tu je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try serbuk kari cap burung bayan pun sodap MA

      Delete
  2. Memang mudah ya amat kalau ada pes ni. Macam tahu-tahu je KakMim memang nak masak guna pes kan. Bertambah sedap bila tambah terung tu. Lauk 2 in 1 senang tak payah masak sayur dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. tp x brp kick la guna pes ni fiza 😅

      Delete
  3. Malam semalam baru isteri masak kari ayam.. Kena pula dengan telur dadar.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah juga masak kari guna pes siap-siap mcm ni. Tapi kalau nak cepat bolehlah standby satu dua kat rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak sendiri juga puas hati kan.. kalau bahan blend ada x lama masak, x perlu la pes2 ni.. hehehe

      Delete
  5. Memang lain kepuasannya. Orang handal masak macam kita tak perlu pes² ni, Mim, hahahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. ya lah kan kak.. org handal mcm kita ni mmg x perlu pes ni semua 😂😂😂😛😛😛

      Delete
  6. Sy pernah guna pes nie... pedas sgat haha...

    ReplyDelete
  7. Ok lah tu.. dah dapat rasa. Takdelah teringin-ingin lepas ni.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form