Peria Garing Sedap Diratah Begitu Saja

Hari bila entah pergi rumah mak, jumpa Peria Garing ni atas meja depan tv. Confirm bapak yang beli untuk dia ratah-ratah sambil tengok berita RTM dan Buletin Utama.

Rasa sekali, eh sedap jugak. Lama juga dah tak makan peria goreng ni. Dulu selalu jugak makan time makan nasi kandar, tapi biasalah yang di kedai mamak selalunya warna merah. Hehehe. Yang ni produk Bumiputera. 

Lepas try satu, bawak sebotol duduk di beranda sambil tengok Imran dan Idlan main badminton.

Tak sedar, dah nak habis pulak. Memang anak-anak sungguhlah, bapaknya beli anaknya tukang habiskan. Tua-tua pun macam tu eh. Biasanya makanan kat rumah mak memang semuanya auto jadi sedap. Padahal biasa je kalau kita beli sendiri.

Pagi tadi jalan-jalan di Plaza Merdeka, ada karnival Jabatan Hutan, ada booth-booth jualan, so ternampak booth jual Peria Garing ni, ada banyak lagi perisa lain dah rupanya. Selain original, ada salted egg dan paprika. Saya beli salted egg je. Selalunya kalau beli banyak kamg jadi tak sedap. Benda sikit selalunya sedap. Heee..

Long weekend baru bermula. Kita layan Peria Garing je la sambil marathon kdrama. Baru nak tengok Lovely Runner ni haa..

 

6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Itulah pasalnya kan. Di rumah mak ayah makan apa pun auto sedap. hihi...Ooo baru tahu ada perisa lain juga. Ingatkan yang goreng biasa tu je.

    ReplyDelete
  2. Macam best je. Tapi saya tak pernah makan peria.

    ReplyDelete
  3. Ganti balik tak peria garing bapak tu, Mim? Hahahaha.

    ReplyDelete
  4. Mesti sedap yg salted egg tu.
    Untunglah masih ada emak.

    ReplyDelete
  5. Sedap tu buat kudap2 sambil tengok tv kan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form