Medical Check Up Ogos 2024

Bulan lepas saya buat medical check up tahunan. Tahun 2023, buat bulan 10, tahun ni dapat rezeki buat di klinik kerajaan awal, kita follow je. Dan tahun ni, agak mendukacitakan jugak la. Kolestrol saya mencanak naik. No wonder la berat badan pun mencanak juga naik.

Tu.. tu...  tengok tak tu? Doktor dah conteng-conteng tu. Down jugak la masa tengok result tu. Tapi doktor cakap tak perlu ambik ubat kolestrol dulu sebab BP masih ok. Cumanya saya sendiri yang usaha nak turunkan berat badan dan jaga makan. Sebab tu la saya sekarang cuba nak cut sugar dan kurangkan portion nasi bila makan. Kalau dibandingakan dengan result 2023, memang banyak peningatan ni. Kalau dari segi pelajaran dan kualiti kerja bagus la jugak kan? Tapi ni  tak, hmm.

Ini result tahun 2023.

Urine pun bermasalah. Ya Allah, tak tau nak kata apa lagi,

Part urine ni memang tak boleh nak pantau sendiri, kena check urine baru tau apa kandungan air kencing tu. Nanti bulan 11 kena pergi check up urine lagi. Yang ni saya masih lagi tak ada info apa nitrites tu semua. Pendek kata saya tak buat apa-apa lagi part air kencing ni. Doktor ada bagi ubat, tapi saya tak ambik lagi, nanti lah bulan 11 sebelum buat check up baru ambik ubat. 

Down memang down. Makan memang jaga jugak sekarang, cuma nak bersenam, beriadah tu masih belum ada keinsafan. Basikal pun dah lama jadi tukun kat rumah. Hmm.. semoga ada sinar keinsofan selepas ni.



 

14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Kurangkan makan makanan yang tinggi kolestrol dan bergoreng. Banyakkan makan sayur hijau. InsyaAllah boleh kembali normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang berusaha... cuma nk bersenam tu la.. tq BK

      Delete
  2. Amamak, uncle ni dah lama tak cek....

    ReplyDelete
  3. Baca ini saya pun JD kuatir, dah lama tak MCU.

    Untuk kak mim, semoga hasil berikutnya bisa lebih baik yaa. Jaga makan yg terpenting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaa... skrg pandang-pandang je tak boleh sgt nak kenyang-kenyang

      Delete
  4. Risau pulak saya KakMim. Tapi bagus juga ada check setiap tahun. Kita boleh kurangkan mana yang perlu dan jaga kesihatan. Semoga baik baik je kedepannya dan results bertambah baik bila check tahun depannya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt bln 11 ada check up lg... nnt nk buat regular CU di farmasi jugak

      Delete
  5. Kmk kolesterol 5+mmol pun doktor dah suruh makan ubat. Hmm. Yalah beza pergi doktor private dgn doktor government, gomen seboleh2nya sik berik ubat dolok suruh usaha turunkan kolesterol sebelum berik ubat. Kmk sedih lalu bila doktor start berik ubat kolesterol riya, makin banyak ubat kmk kenak ambik.

    Protein dalam urine ya mok jaga-jaga takut efek dgn buah pinggang. Kenak avoid daging merah, ambik less animal protein & more plant-based protein.

    Semoga kita semua sihat & terpelihara dari penyakit kronik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. paduhal.. kmk last yr & prev yr 5 kolestrol.. doc suruh jaga mkn jak... thn tek tok mendadak nya madah bp ok, xboh lah mkn ubat dolok... laki kmk mdh bagus gik mun mkn ubat, kmk mdh xpalah jaga mkn jak dolok.. takut juak faktor umur tok

      ya lah dibingong kmk juak mun urine tok salu berkaitan buah pinggang... bln 11 klak cek agik.. mun x sabar kelak pegi private mtk 2nd opinion doc gine.. sbb dolok masa MCU di private dh ada detect juak sikit cuma doc madah normal pempuan ya... sama-sama kita berjaga makan nektok

      Delete
  6. Result total kolesterol Mim tahun lepas tu lebih kurang result akak tahun lepas. Doc kata border line, so tak payah makan ubat. Tahun ni akak belum buat check up lagi. Uii…terus risau 😅

    Semoga kita semua kuat semangat nak jaga kesihatan. Banyak sungguh godaan makanan sedap 😄

    ReplyDelete
  7. at this age, memang semua kena jaga....
    kena jaga makan plus senam2 jugak..but nak mula tu memang alahai.. in sya Allah, moga diberikan semangat tu..caiyok caiyok kak mim!

    ReplyDelete
  8. Kolesterol tu lebih kurang mine jugak laaa..memang kena jaga mkn..no other choice

    ReplyDelete
  9. kmk pun berkira-kira mok juak medical check up tetapi selepas dapat berat ideal lok...masa tok aktif juak dgn aktiviti kecergasan mengalahkan atlet hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form