Long Fries by Mjays Biteville

Jarang sangat pergi food fest sebab tak suka crowd banyak, tak suka makanan viral dan agak mahal. Barang viral ni kekadang bukannya sedap sangat pun, biasa-biasa je tapi inovasinya yang lain macam tu yang menyebabkan orang tertarik.

Tahun ni pertama kali pergi food fest bulan 5 hari tu. Ahaa.. gambar lama baru sempat nak review blog. Kami pergi lepas ambik abang dari kelas chess, masa tu awal lagi kot dalam jam 5 petang so crowd masih belum ramai.

Robda-ronda dulu tengok-tengok ada apa-apa yang menarik. Tiba di satu booth di orang tengah que. So kami tengok la orang que nak beli apa. Ok, long fries. Menarik, menarik. So saya pun masuk que jugak la. Masa tu ada la 4 orang macam tu di hadapan saya. So sempat la snap menu yang ada, tengok-tengok apa yang orang order jugak. Boleh tiru kan?

Ada 2 option, nak wedges atau long fries. Dan boleh pilih 5 jenis topping. 

Topping semua yang bergantung tu. Exciting jugak tengok staf buat fries, goreng dan letak topping.

Kami pilih golden cheese dan mayonis je. Encik Suami cakap ambik la 2, saya cakap ambik 1 je la sebab was-was lagi.

Nasib tak ambik 2, rasanya biasa je. Sedap lagi fries KFC, oops! Kalau ambik 2 dan tak habis, nak bawak balik pun dah 1 hal. Itu lah memang tak boleh percaya sangat benda viral ni.









 

Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form