Apakah Mamogram dan Program Subsidi Ujian Mammogram LPPKN

Terima kasih kerajaan Malaysia melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) yang menawarkan subsidi ujian mamogram bagi wanita berusia 40 tahun ke atas. Saya baru je buat ujian mamogram di bawah program ni pada minggu lepas. Result pun dah dapat sehari selepas tu. Cepat dan mudah. Percuma pulak tu. Macam mana ya nak buat ujian mamo secara percuma?

Begini ceritanya.

Bulan lepas masa grocery shopping di Mydin Vista Tunku dan masa tu ada program bulan kemerdekaan, so ada booth-booth agensi kerajaan yang buat pameran. Dalam banyak-banyak booth di situ, saya tertarik ke booth LPPKN. Nak ke booth Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), saya baru je buat medical check up (masa tu ada saringan kesihatan percuma).  So dari situlah saya buat temujanji untuk buat ujian mammogram ni melalui subsidi LPPKN.


Untuk hospital dan tarikh temujanji, kita boleh pilih sendiri. Saya diberi pilihan nak buat ujian mamo di Normah Medical Centre (Normah) ataupun di Borneo Medical Centre (BMC). Of course saya pilih di Normah sebab dekat je dengan area rumah. Masa pula saya pilih time cuti sekolah so boleh la terus rehat di rumah, saya pilih tarikh 17 September.


Informasi mengenai mamogram.

Lepas pilih tarikh dan hospital, saya diberi referral letter untuk ke Normah.

Tibalah harinya pada 17 September minggu lepas, saya dah risau sebab Encik Suami tak dapat cuti. Saya terpaksa pergi sorang. Saya bukannya risau apa, risau susah nak cari parking je. At least kalau berteman, sorang boleh cari parking sementara saya akan terus ke Jabatan Radiologi. Sampai je di Normah, fuh banyak parking kosong, macam ajaib jugak la, senang pulak nak dapat parking. Bila naik ke level Jabatan Radiologi pun takde orang, temujanji jam 9 pagi, 8.45 dah saya di situ.

Sebelum diberi nombor giliran, macam biasalah kena buat pendaftaran dulu.

Dah dapat nombor giliran, kita pun duduklah di dalam. Sempat snap gambar sebab orang takde.

Tak sempat nak scroll mesej di whatsapp group, dah kena panggil. Biar betul. Lepas tu buatlah prosedur dalam 15 minit gitu, setel. First time buat mamo, memang lucu jugaklah rasanya. Lain yang diimagine, lain pulak yang realitinya. Hehehehe. Umur 43 baru pertama kali buat. So yang dah berumur 40 tahun ke atas, betterlah buat ujian mamo ni ya, kerajaan bagi subsidi lagi tu. Mencegah lebih baik dari mengubati tau. Tak sakit pun. 


Keesokkan harinya, saya pun ambik report di Normah. Pergi dalam kol 4 petang macam tu, sebelum kaunter di Jabatan X-ray tu tutup jam 4.30 petang. Pergi kaunter, sebut nama, dapat result, dan balik la apalagi. 2 tahun akan datang repeat mamo lagi. Alhamdulillah. Kalau ada problem, barulah kena refer ke doktor dan buat pemeriksaan yang selanjutnya.

Bagi yang nak buat temujanji ujian mamogram under subsidi LPPKN ni better buat sebelum bulak Oktober setiap tahun (sebelum kuota habis). Selalunya bulan 10 memang kerajaan nak buat closing jugak, so peruntukan yang telah diberi memang kena dibelanjakan sebelum closing.

Untuk orang sekitar Kuching, boleh hubungi Klinik Nur Sejahtera LPPKN untuk buat temujanji ya.





 

Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form