Pengalaman Abang Menyertai Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah

Assalamualaikum... salam saiyidul ayyam. Dah bulan Julai dah, tak lama lagi pun dah nak bertukar tahun Hijrah, dah nak Muharam dah. Sekarang cuti semester tapi tak macam cuti pun. Dengan meetingnya, bengkelnya, kursus la, macam-macam. Nak me time buat kerja-kerja sendiri pun tak sempat. 

Apa khabar semua sahabat blogger? Apa khabar silent reader? Eh ada ke eh silent reader blog ni? Perasan pulak.

Memandangkan dah nak sebulan jugaklah tak update timeline story keluarga The IMANs di sini, meh la nak simpan memori di sini. Gambar dah siap upload minggu lepas kot, tapi nak menaipnya tak sempat. Nak simpan pengalaman si anak no 2, Abang atau Irfan menyertai Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Bahagian Kuching pada 11-14 Jun 2024 yang lepas. Pertama kali ya Abang dapat mewakili sekolah. Dah darjah 6, baru merasa pengalaman ni.

 Syukurlah diberi peluang untuk ni.


Abang ni kan macam-macam sukan dah kami cuba expose untuk dia. Dulu pernah hantar latihan silat, lepas PKP terus tak pergi latihan dah. Nampak pun dia macam tak berminat sangat. Lepas tu masa darjah 1 pun ada hantar dia ke akademi futsal, pun macam tak berminat. Lepas PKP terus tak pergi training dah. Bila dah tahap 2, kan mesti ambik 1 sukan untuk aktiviti ko-kurikulum, masa PKP tu dia terjebak main online chess, so tanya dia nak ke masuk kelab catur. Dia kata ok. So dia start main catur sejak tahun 4. Bila dah darjah 6, ada pemilihan untuk wakil sekolah MSSR ni. Ahli kelab catur memang semua la terlibat, tak sangka pulak terpilih. Seronoknya dia. Kelab catur sekolah Abang ni ada coach dari akademi catur di luar, so bila dah terpilih wakil sekolah, bila selalu training, Abang pun upgrade level ke intermediate. Bila dah intermediate so tak pergi perjumpaan di sekolah dah, pergi di akademi. Sebulan jugak la intensive training di sekolah, hari-hari stayback, weekend pegi akademi lagi. Kawan Abang ada yang sampai pergi tournament di Putrajaya. Tapi kawan Abang ni memang genius la. Coach pun bagitau budak sorang ni dah jadi benchmark di akademi, kalau belum dapat kalahkan dia, belum terer lagi tu.

First picture yang guru pengiring hantar. Kira ready dah untuk first game ni. Muka pun fresh lagi.

Event ni dibuat di Pustaka Negeri Sarawak. Sebelum ni event catur ni selalu dibuat di area Bau atau Lundu. Nasib baik tahun ni buat di sini je. 

Total game yang perlu mereka habiskan hari tu ada 9 game, bermula dari jam 8 pagi, tepat.

Masih menunggu pihak lawan

Awal-awal pagi. Sebelum jam 7 pagi dah sampai di Pustaka. Semangat Abang dan kawan-kawan.


Team catur 

Alhamdulillah, team lelaki dapat tempat ketiga keseluruhan berkumpulan. 2 orang dapat mewakili Bahagian Kuching, iaitu kategori individu lelaki, ranking ke-3 dan ranking ke-6. Hanya ranking di top 10 sahaja diconsider untuk mewakili bahagian. Total penyertaan indidvidu (lelaki) dalam kejohanan catur ni ialah 150 orang.

Team perempuan pun alhamdulillah dapat tempat ke-2 juga berkumpulan.

Semoga berjaya calon-calon individu, kawan-kawan Abang yang mewakili bahagian Kuching. Tak menang, tak apa. Pengalaman tu yang penting. Kenangan di sekolah rendah. Tahun depan kalau boleh Abang wakil sekolah menengah pulak lah ye, insya Allah.
 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Well done Abang 👍 yang penting dapat pengalaman dan exposure.
    Lawalah baju team catur diorang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju pinjam tu, baju sekolah.. hehehe.. habis event cikgu kutip balik 😂

      Delete
  2. Salam maal hijrah utk mim sekeluarga🌹

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Tahniah buat abang! Bagus permainan catur tok, mengasah bakat strategi dan critical thinking.

    ReplyDelete
  4. waahh Ana salute sgt taw si cilik terror main chess ni hehehe

    ReplyDelete
  5. Tahniah abang hensem! Bagus ikut serta permainan catur ni. Menguji kebijaksanaan dan kecerdasan otak.

    ReplyDelete
  6. Well done abang!
    Semoga terus menyerlah.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form