Nasi Kerabu Ayam Goreng KR di Zainab Foodcourt, Mydin Semariang

Siapa peminat nasi kerabu angkat tangan?? Hehehe. 

Alkisahnya nasi kerabu, masa saya belajar di Semenanjung dulu, saya tak reti pun makan nasi kerabu ni. Selalunya room mate di bulan puasa hampir tiap hari berbuka nasi kerabu, saya mampu tengok je la sebab tak reti makan. Tapi masa pregnant Iman, mengidam nasi kerabu la pulak. Macam teringin sangat nak makan. Nasib baiklah di Kuching ni ada kedai-kedai orang Kelantan yang memang jadi tumpuan orang Kelate yang duduk di Kuching. Ada nasi dagang, nasi kerabu, memang Pantai Timur style lah. Kalau makan kat situ pun memang dengar orang kecek Kelate/Ganu je. Sampai tempat tu orang panggil Little Kelate. Sekarang ni saya dah lama tak makan di situ, bertahun-tahun lah lamanya. Tapi sejak pregnant Iman tu lah barulah saya appreciate rasa nasi kerabu. Kalau ke Semenanjung memang akan cari nasi kerabu di gerai mek Kelate.

Sekarang, nasi kerabu favourite saya dah ada di foodcourt Mydin. Dulunya adik ni (KR) berniaga tepi jalan je, memang beratur orang membeli nasi dagang dan nasi minyak Terengganunya. Lepas tu tahun ni dia berniaga di bazaar ramadhan di area kami di Mydin dan lepas raya terus dia dapat stall di foodcourt Mydin. Masa di bazaar memang habis setiap hari jualannya. Saya tau sebab selalu tengok dia update Whatsapp storynya. Bila dah ada di foodcourt, lagilah senang, bila-bila nak makan senang dah. Tapi ikan keli selalu sold out awal. Limited agaknya. Kalau ayam goreng memang senang je la, habis je boleh je goreng. 

Selain di Zainab foodcourt Mydin Semariang, nasi kerabu/dagang KR ni ada jugak ni Fauziah Foodcourt di Metrocity. Tapi kami selalu makan di Zainab je sebab area rumah je.

Hari Khamis boleh la makan di luar lepas balik sekolah sebab semua balik jam 1. 2 kereta, jumpa di Mydin, lepas makan baru hantar semua balik rumah. Begitulah.

Ini team laksa Sarawak.

Alan dengan muka bangganya. Sejenis yang suka menghirup kuah laksa Sarawak. Hehehe.

 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Saya angkat tangan...hehehe...saya juga antara peminat nasi kerabu.

    ReplyDelete
  2. Sama, Sy mula² sampai di ibu kota dulu tak pandai juga makan nasi kerabu. Budu pun tak makan tapi asbab berkawan dgn housemate Kelate, now nasi kerabu becomes one of my fav food :)

    ReplyDelete
  3. Jom makan nasi kerabu di hari Rabu. He he he. Dah lama tak makan ya juga ni. Last bulan puasa hari itu.

    ReplyDelete
  4. i cant say no to Nasi Kerabu! sedapnyaaa! hehehe

    ReplyDelete
  5. Nasi kerabu memang sedap. Biru sungguh warna nasinya!

    ReplyDelete
  6. Sayaaaa sukaaa sangat nasi kerabu. 😍😍😍😍. Dulu pertama kali makan, saat ada food Bazaar di USM Penang, saya masih study saat itu. Di situlah mencoba Krn tertarik nasinya berwarna biru. Ternyata sedaaaaap ❤️❤️❤️. Tapi dah jarang jumpa kalo ke KL dan Penang. Atau bisa JD saya yg kurang mencari

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form