Belajar Teknik dan Tips Membuat Kek Lapis Sisik Ikan

Sabtu lepas, Ayah & Abang ke chess tournament, Ibu pulak kerja. Kolej kami menganjurkan kursus penghasilan kek lapis sisik ikan untuk komuniti di Kampung Bintawa Hilir. Turun padang kali ni, kami bawak semua perkakas dan oven ke masjid dan berkampung di sana selama 2 hari.

Kenapa sisik ikan? Tak ramai yang tau macam mana nak menjadikan hawflakes (sejenis manisan masam manis) menjadi seperti 'sisik ikan'. Bila dah buat pun, ada jugak kumpulan yang tak menjadi sisik ikannya, jadi macam tauge pun ada, macam bulu meremang pun ada. Hahahaha.

Kami sangat bertuah pada kursus kali ini sebab dapat menjemput pakar kek lapis yang berpengalaman di Sarawak, tak lain dan tak buat pengusaha kedai kek lapis DiWannie. Semoga Puan Zoraidah dipermudah urusannya dunia akhirat asbab memanjangkan ilmu yang bermanfaat kepada komuniti setempat. Sebagai penganjur, saya sangat-sangat berpuas hati sebab memang banyak tips yang telah dikongsikan kepada kami selama 2 hari berkursus. Sebagai penganjur, of course jugaklah idea belajar kek lapis sisik ikan ni dari kami jugak, sebab nak belajar kan. Kek ni memang favourite saya tapi tak pernah buat sendiri sebab tak reti nak buat 'sisik ikan' tu. Hehehe.

Resepinya simple je kan. Tak pakai tepung gandum pun, cuma pakai tepung roti marie. Antara tips yang dikongsikan dari cikgu kami hari tu, telur gred A sebiji bersamaan 68 gram ke atas. Kalaulah beli telur yang diclaim sebagai telur saiz L tapi rupanya takdelah large sangat, better timbang dulu sebiji. Kalau betul gred A beratnya mestilah 68 g atau lebih. Kalau tak, ertinya kena timbang telur tu jadi 68 gram x 13 biji. Itulah telur yang kita akan gunakan untuk buat kek lapis sisik ikan ni. Kalau tak, kek kita nanti akan rendah, rendah sangat pun tak lawa jugak.

Tips mentega, mentega dan gula hendaklah dipukul sampai betul-betul gebu. Macam mana nak check dah kembang ke belum? Lihat di sekeliling mangkuk pengadun, akan ada percikan yang halus di tepi mangku, barulah mentega yang dipukul tadi gebu.

Tips untuk telur pula, pukul telor satu persatu setiap 2 minit, supaya boleh memasukkan udara, ini menjadikan kek lebih gebu. Bukan main masuk satu persatu dan pukul. Masuk 1, pukul 2 minit dan begitulah sampai habis.

Makan masa kan? Saya pun baru tau part pukul telur ni. Ingatkan masuk je lah satu persatu macam tu. Rupanya kena pukul dulu sebiji tu sampai kembang baru masuk yang lain sampailah habis.

Tips mixer, guna kelajuan rendah dahulu dan dikacau secara sehala sahaja.

Bila dah siap dimasukkan semua bahan, bahan dah sebati, lapis dahulu 2 lapisan. Lapisan ketiga barulah kita susun manisan hawflakes, macam ni. Cucuk setengah daripada manisan hawflakes ke dalam kek. Kena pandailah guna strategi nak dapatkan jarak yang sama. Lepas tu bakar lagi, guna api atas sahaja ya.

Kami guna acuan 7x7, so bolehlah masuk 2 sekali dalam oven.

Bila dah agak perang sedikit, bolehlah direbahkan menggunakan penekan kek.

Beginilah rupanya bila dah 'direbahkan'. Kalau gelap=gelap macam tu, nanti sisiknya lagi akan 'nampak'

Ini sistem yang cikgu ajar supaya tak lupa. Lapis 2 layer, layer ke-3 cucuk manisan hawflakes. Kalau dah, tanda ya supaya tak lupa. Arah pun kena sama, jangan sesuka hati nak cucuk manisan tu nanti.

Beginilah bila dah siap dibakar.

Cara memotong pun juga diajar. Pisau pun kami tanya di mana nak beli sebab senang boleh adjust terus jadi 1 loaf. Cikgu bawak staf yang expert dalam pembuatan sisik ikan untuk assist kami pada hari tu. Pakar 'mencucuk & merebah' manisan serta pakar memotong.

Beginilah kejadiannya setelah dibedah-siasat. Nampak ang gelap-gelap tu, itu manisan yang agak 'hangus-hangus' tadi.

Kemenjadian sisik ikan. 

Setiap seni orang tak sama. Ada yang rebah, ada jugak tak rebah, makanya tak jadilah sisik ikan. Ada yang jadi tauge pun ada kan?

Alhamdulillah, done hari pertama, dengan kek lapis sisik ikan mereka.

Terima kasih kepada tenaga pengajar kami, pengusaha DiWannie Cakes yang berkongsi resepi, tips dan ilmu kek lapis. Semoga ilmu bermanfaat mendatangkan kebaikan kepada semua.

Kerana itulah Muslim yang sebenar, mewakafkan seluruh hidupnya untuk manfaat manusia lain.Sabda Rasulullah SAW:
خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia”
(Riwayat Ahmad)

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Cantik kejadian kek lapis sisik ikan. Saya masih ingat pertama kali makan kek lapis Sarawak, kek lapis sisik ikan beginilah. Sedap sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sebab guna tepung roti marie, lepas tu dengan manisan yg masam-manis.. semua rasa ada

      Delete
  2. nampak cantik kejadiannya
    Pasti lazat rasanya

    ReplyDelete
  3. Kek lapis sisik ikan.. menarik sgt kejadian nya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama je sisik ikan tp takde rasa ikan.. hehehe

      Delete
  4. Hahaha.. betul jugak ek, jangan salah rebah sebab dah tak nampak yg bawah rebah ke mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau silap sikit, habis terus x berseni jadinya 😂😂

      Delete
  5. linda rase..semua orang sarawak mesti pandai buat kek lapis...bagus mcm tu, tak hilang warisan tu nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. X jugak linda.. mcm sisik ikan ni, ada skill tersendiri, sy x reti buat sbb tu buat kursus ni boleh jugak belajar sambil kerja

      Delete
  6. tak pernah makan lg kek lapis sisik ikan ni....suka hawflakes, ralit makan...hehe..

    ReplyDelete
  7. Ooo giya duhal polah design sisik ikan. Baru tau juak. Terima kasih Kakmim, kongsi gambar tok untuk rujukan 😄

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form